Reduced price! Pembantu Rumah 7 Hari Suara Hati Publication Expand

Pembantu Rumah 7 Hari

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

Suara Hati

New

Penulis : Tasha Sain

More details

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Pembantu Rumah 7 Hari
Penulis : Tasha Sain
Harga : RM28.00
ISBN : 9789672300335
Mukasurat : 722

Sinopsis
WAFIYAH…

Seorang ibu tunggal yang memilih untuk menjadi pembantu rumah untuk mendapatkan duit sewa rumah dan membawa anaknya, Iman bersama ketika bekerja. Tapi, menjadi pembantu rumah kepada pelakon famous kontroversi itu tak pernah terlintas dalam fikirannya.

AMAR RIZQI…

Pelakon lelaki yang famous dengan kontroversi tapi, tak pernah dapat watak hero. Walaupun kacak, perangainya tak serupa orang dan talam dua muka. Pendek kata, semua yang buruk ada pada dia.

Takdir menemukan mereka di dalam kondominium mewah Rizqi tetapi, Wafiyah dituduh sebagai stalker! Tak cukup dengan itu, dia dipecat tak sampai tiga hari dia bekerja di situ.

“Alang-alang kau ada kat sini, aku nak cakap depan muka kau yang aku pecat kau mulai hari ni!” - RIZQI

Namun, ugutan Wafiyah membuat Rizqi mempertimbangkan semula keputusannya.

“Okay then. Seminggu. Aku bagi kau seminggu. Bermula esok. Lepas seminggu, kau officially out!” – RIZQI

Tetapi, ada istimewanya si pembantu rumahnya itu walaupun masak macam hampeh! Dia tenang dapat berkongsi rasa dengan ‘mak cik’ beranak satu itu.

Pendirian Rizqi mula goyah. Bukan itu sahaja. ‘Budak botak’ itu juga mengusik hatinya.

Adakah Rizqi akan tetap dengan keputusannya memecat Wafiyah selepas tujuh hari? Atau membiarkan wanita itu terus bekerja dengannya?

Suara Hati Publication

Write a review

Hate Or Love You

Penulis : Eliza Ab