Reduced price! Dia Si Perancang Hati Fajar Pakeer Expand

Dia Si Perancang Hati

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Nona Adara

More details

RM23.75

RM25.00

-5%

Tajuk : Dia Si Perancang Hati
Penulis : Nona Adara
Harga : RM25.00
ISBN : 978-983-822-107-8

Sinopsis
Putus tunang? Bukanlah penyebab untuk Firyal Aleyna tunjuk rasa kecewanya walau dilabel sebagai perempuan tidak bersyukur.

Impiannya hanya ada dua, keluarga dan perniagaan Rumah Hati. Tapi, siapa sangka akibat insiden tercampak kasut dalam tren mengubah segalanya.

“Kasut sebelah kanan, saya sempat sambut. Kasut sebelah kiri, saya sempat elak daripada terkena muka saya yang antara terkacak dalam tren ini.”- ALYAN IZZ

Selepas kejadian cinta tren tak jadi, mereka ditemukan lagi… Tak sangka pulak, Alyan Izz dan Firyal Aleyna ni berjiran.

Haila, benarlah kata orang, jodoh tak pernah salah alamat, mungkin tersesat lambat sampai saja. Bukan setakat kasut yang melayang. Hati pun melayang sekali!

Bila dah berjiran lagi mudah nak atur strategi memikat. Siap ada nama ‘Projek 6 Bulan’ lagi. Projek memikat Firyal Aleyna untuk dilamar sebagai isteri. Isteri tau! Bukan girlfriend!

“Surat anda berjaya sampai ke tangan penerima. Zaman klasik sangat tapi I likeeeeeee…. ”– FIRYAL ALEYNA

"Jangan cium pula surat tu tau sebab tak sempat nak tabur bedak."- ALYAN IZZ

Baru hati Firyal Aleyna rasa nak kembang setaman, muncul pula ribut taufan bila Aleeya yang simpan perasaan cinta pada Alyan Izz merasakan Firyal Aleyna tak layak untuk jejaka itu. Firyal Aleyna pula tak nak mengalah. Dia akan pastikan projek enam bulan itu berjalan dengan berjayanya sampai Alyan Izz genggam tangan tok kadi.

Namun, satu insiden berlaku menyebabkan Firyal Aleyna dianggap seperti manusia yang tidak berguna… wanita yang tidak layak dicintai.

Kenapa semua menganggap dia musuh secara tiba-tiba?

Mampukah Firyal Aleyna melangkah kembali mendapatkan Alyan Izz?

Atau jiwa yang digenggam terkulai layu kerana ada yang lagi layak untuk si dia?

Biarlah hati yang merancang kerana dia tau di mana untuk berlabuh.

Biarlah hati yang bicara… kerana dia tau, detak sebuah rasa.

Write a review

Bernabeu Bermulanya Cinta

Penulis : Eyyma Madyusa