Reduced price! Love, Elsa (Buku 1) Oleh Acik Lana Expand

Love, Elsa (Buku 1) Oleh Acik Lana

Booku

CN

New

Love, Elsa (Buku 1) karya Acik Lana mengisahkan Ammara yang memiliki misteri luar biasa setiap kali menyentuh manusia. Kehadiran Ridza Kim mengubah hidupnya apabila mereka bersama-sama membongkar pelbagai misteri, sambil berdepan perasaan yang semakin sukar disembunyikan.

More details

Untuk pembaca yang sukakan novel romantik misteri, paranormal romance, supernatural fiction, misteri pembunuhan, heroin istimewa dan kisah cinta yang penuh rahsia serta emosi.

RM26.10

RM30.00

-13%

Love, Elsa (Buku 1) Oleh Acik Lana

Love, Elsa (Buku 1) ialah novel romantik misteri karya Acik Lana yang menggabungkan elemen cinta, persahabatan, paranormal dan penyiasatan. Novel ini membawa pembaca mengikuti kehidupan Ammara yang berdepan satu keadaan luar biasa yang mengasingkannya daripada dunia sekeliling.

Sinopsis Novel Love, Elsa (Buku 1)

Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total.

Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?

Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!

Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.

Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.

“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara

“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim

Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.

Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.

Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim?

Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Jalan cerita unik tentang misteri sentuhan yang mengubah kehidupan seorang gadis.
  • Gabungan romantik, paranormal dan penyiasatan yang sukar dijangka.
  • Watak Ammara yang kuat walaupun bergelut dengan kesunyian dan kemurungan.
  • Hubungan persahabatan yang berkembang menjadi cinta yang menyentuh hati.
  • Penuh misteri, emosi dan konflik yang membuatkan pembaca terus ingin mengetahui kebenaran.

Genre Novel Love, Elsa (Buku 1)

Romantik Misteri, Paranormal Romance, Supernatural Fiction, Young Adult Romance, Drama Emosi, Novel Melayu.

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Novel romantik paranormal Melayu.
  • Kisah cinta yang unik dan luar biasa.
  • Misteri dan penyiasatan pembunuhan.
  • Watak heroin yang berbeza daripada kebiasaan.
  • Peminat karya-karya Acik Lana.

Novel Berkaitan

  • Love, Elsa (Buku 2)
  • Kekasih Khayalan
  • Dancing With Your Ghost
  • Tinggal Satu Bintang
  • Novel Acik Lana
PenulisAcik Lana
GenreRomantik Misteri
PenerbitBooku
BahasaBahasa Melayu
Tahun Terbitan2018

Booku merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Booku dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.


Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.


Lihat semua novel Booku di sini

Write a review

Rahsia Dajjal

Penulis : Dr. Athif Lamadhah