International shipping Secure payment
BeliBukuOnline.Com.My atau lebih dikenali sebagai BBO merupakan Kedai Buku Online Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2010 oleh pengasasnya, saudara En. Mohd Adli bin Haji Mat Yusof. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai kepakaran dalam mengendalikan peralatan berteknologi tinggi seperti Digital Satellite News Gathering (DSNG) dan juga Microwave System namun tidak menghalangnya untuk menubuhkan BeliBukuOnline.Com.My kerana ini merupakan minatnya yang suka membaca buku sejak sekian lama.
Sepanjang beroperasi secara online, BeliBukuOnline.Com.My berusaha untuk menyelesaikan masalah pembeli yang menghadapi kesukaran untuk ke kedai buku. Selain itu, BeliBukuOnline.Com.My dapat membantu pembeli mengurangkan kos yang tidak perlu seperti kos pengangkutan dan menjimatkan masa pembeli daripada terbuang dalam perjalanan yang mungkin memenatkan. Kelebihan utama ialah pembeli dapat lakukan semua ini di rumah atau di mana sahaja yang pembeli suka.
Segala urusan jual beli buku di laman web Beli Buku Online.Com.My diuruskan sepenuhnya oleh Adli Rich Networks dan berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftarannya 002189596-A
Pada peringkat awal penubuhan BeliBukuOnline.Com.My, hanya terdapat beberapa kategori dan buku sahaja yang dijual. Tetapi BBO dah menambah bilangan buku dan menambah bilangan penerbit buku memandangkan terdapat banyak permintaan dan sambutan yang begitu menggalakkan daripada peminat buku terutamanya kategori novel-novel Melayu.
Selain pasaran di Malaysia, BeliBukuOnline.Com.My juga telah membuat penghantaran ke negara China, Hong Kong, United States, Thailand, Australia, Switzerland, United Kingdom, Brunei dan Singapura dll.
Jadikan BBO Temanmu