Pihak BeliBukuOnline.Com.My akan mengenakan caj tambahan (penghantaran semula) sekiranya buku yang telah dipos telah dikembalikan semula (return) kepada pihak Pihak BeliBukuOnline.Com.My akibat tidak dituntut dalam tempoh 14 hari bekerja. Untuk mengelak masalah ini, pihak pembeli perlu menghubungi pihak BeliBukuOnline.Com.My sekiranya no siri pos laju masih belum diterima dalam masa 5 hari bekerja selepas membuat bayaran dan emailkan bukti bayaran.

Kecuaian memberi alamat yang betul juga akan menyebabkan buku yang dipos akan dikembalikan semula kepada Pihak BeliBukuOnline.Com.My. Jadi pastikan alamat penerima adalah betul dan tepat.

Pihak BeliBukuOnline.Com.My juga memberi jaminan untuk membuat bayaran balik (refund) sekiranya buku yang ditempah kehabisan stok setelah mendapat persetujuan pembeli. Jaminan bayaran balik ini merangkumi harga buku dan kos pos yang terlibat.

Pihak BeliBukuOnline.Com.My juga akan membuat penggantian buku baru terhadap buku yang mengalami kerosakan teknikal berasal dari kilang pencetak seperti susunan mukasurat yang tidak teratur, bilangan muka surat yang tidak mencukupi serta perkara yang melibatkan masalah cetakan buku. Pembeli boleh maklumkan kepada kami untuk proses penggantian buku. Kos pos pemulangan dan penghantaran ditanggung oleh pihak BeliBukuOnline.Com.My.

Masalah buku kemek atau terlipat semasa penghantaran tidak ada jaminan penggantian buku baru. Kes ini melibatkan penghantaran yang menggunakan Pos Laju Prabayar RM6 dan RM10 (Sampul). Risiko ini ditanggung sepenuhnya oleh pembeli. Namun begitu pembeli akan digantikan dengan buku baru sekiranya masalah ini berlaku juga kepada penghantaran yang menggunakan Pos Laju (Berkotak).