International shipping Secure payment
Love, Elsa (Buku 2) karya Acik Lana meneruskan kisah Ammara dan Ridza Kim yang berdepan pelbagai rahsia, konflik keluarga dan ujian cinta. Ketika misteri lama terbongkar, hubungan mereka diuji dengan kehadiran musuh, dendam dan pengorbanan yang menyakitkan.
Untuk pembaca yang sukakan novel romantik misteri, paranormal romance, supernatural fiction, misteri keluarga, cinta selepas lamaran dan kisah pasangan yang diuji dengan rahsia serta pengorbanan.
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Love, Elsa (Buku 2) ialah sambungan kepada kisah romantik misteri yang memikat dalam siri Love, Elsa karya Acik Lana. Novel ini membawa pembaca menyelami perjalanan Ammara dan Ridza Kim yang kini berdepan cabaran lebih besar apabila rahsia masa lalu mula terbongkar satu demi satu.
Episod lalu, kehadiran Ridza Kim perlahan-lahan telah mengubah sikap Ammara. Dari seorang gadis yang berjiwa mati, dingin, tak mampu bersuara, Ammara cuba membina personaliti berbeza.
Hidup bersama ‘kuasa’ pada sepasang tangannya bukan mudah. Malah Ammara tak pernah berani memasang impian untuk hidup normal seperti orang lain. Bercinta, berkahwin dan berkeluarga, layakkah dia?
Namun pendirian itu berubah arah sebaik saja lamaran Ridza Kim diterima. Cuma laluan menuju bahagia tak pernah mudah. Ada misteri yang perlu dirungkai satu persatu. Dan Ammara perlu mencari haknya yang telah hilang. Tapi di mana? Angkara siapa?
Menggunakan ‘kuasa’ yang dimiliki sepasang tangannya, satu persatu rahsia mula terbongkar. Dan lebih melukakan, kenyataan itu terlalu pahit untuk ditelan. Terlalu sukar untuk diterima!
Ammara bangkit mengharungi ujian demi ujian dengan lebih cekal. Konflik antara dirinya dengan manusia penuh hasad dengki serta perasaan dendam terhadap bapa kandung sendiri kadangkala cukup melelahkan. Belum lagi termasuk sikap Ji Hyun yang tak reti move on itu.
Malah kehadiran Hairi turut menambah gelora dalam hubungan cinta Ammara. Siapa Hairi? Dan kenapa kemunculannya begitu meresahkan jiwa Ridza Kim?
Hidup ini tak mungkin dikata satu pertaruhan jika tak diduga dan diuji. Lantas, kekalkah bahagia di jalan mereka berdua? Atau masih ada halangan yang perlu ditempuhi bersama?
“Because I’m your husband. I akan sayang dan cintakan you selama-lamanya.” ~ Ridza Kim
“And I’m your wife, I will do the same too.” ~ Ammara
Romantik Misteri, Paranormal Romance, Supernatural Fiction, Drama Emosi, Family Mystery, Novel Melayu.
| Penulis | Acik Lana |
| Genre | Romantik Misteri |
| Penerbit | Booku |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2019 |
Booku merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Booku dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.