International shipping Secure payment
Tak Sempurna Mencintaimu merupakan novel romantik Melayu karya Rehan Makhtar yang mengisahkan Mustaqim dan Siratul dalam perjalanan cinta penuh luka, pengorbanan dan ujian kehidupan. Ketika cinta mula berputik, rahsia masa lalu dan takdir yang tidak dijangka menguji kesetiaan mereka. Sebuah kisah menyentuh hati tentang cinta, kehilangan dan kekuatan untuk terus bertahan.
Tak Sempurna Mencintaimu merupakan novel romantik Melayu karya Rehan Makhtar yang mengangkat kisah cinta, pengorbanan dan perjuangan menghadapi luka masa lalu. Novel ini membawa pembaca menyelami perjalanan hidup Mustaqim dan Siratul yang dipertemukan dalam keadaan yang jauh daripada sempurna, namun perlahan-lahan menemukan makna sebenar kasih sayang dan kepercayaan.
Dengan konflik emosi yang kuat, watak yang dekat dengan realiti kehidupan serta jalan cerita yang sarat dengan pengajaran, novel ini mengajak pembaca memahami bahawa cinta sejati bukan sekadar tentang kebahagiaan, tetapi juga tentang kesediaan untuk bertahan ketika diuji.
Sesuai untuk peminat novel romantik Melayu yang gemarkan kisah cinta penuh emosi, konflik keluarga, pengorbanan dan ketentuan takdir.
Cintaku padamu… putih. Tak pernah ternoda.
Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tak indah. Ianya menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu saja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.
“Kau sindir aku lagi, kan?” - Mustaqim
“Tak… kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan.” – Siratul
Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa… yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.
“Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu…” - Mustaqim
“Memang dasar orang gila!” - Siratul
Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati… lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.
“Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau! - Siratul
“Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul…” - Mustaqim
Mustaqim bingung. Tak… Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.
Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.
“Kalau dia tu, pedang yang menghunus… saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan.” – Siratul
Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa… hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.
“You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul…” - Melisa
“Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga…” Siratul
“Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau…” - Mustaqim
Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namun, adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bila perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.
Novel Romantik Melayu, Novel Drama Emosi, Novel Cinta dan Pengorbanan, Novel Keluarga, Novel Bestseller Melayu.
| Penulis | Rehan Makhtar |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Karyaseni |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2018 |
Karyaseni merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.
Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Karyaseni secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.