Reduced price! Dr. Alpha Male oleh Anjell Expand

Dr. Alpha Male oleh Anjell

Karyaseni Karyaseni

FP

New

Dr. Alpha Male merupakan novel romantik popular karya Anjell yang mengisahkan hubungan penuh konflik antara Tristin Hazel dan pensyarahnya, Hilman Ukasyah. Kisah cinta yang sarat emosi, kepercayaan dan pengorbanan.

More details

RM25.65

RM27.00

-5%

Dr. Alpha Male Oleh Anjell

Dr. Alpha Male merupakan novel romantik Melayu karya Anjell yang menggabungkan elemen enemies-to-lovers, pensyarah dan pelajar serta watak hero alpha male yang menjadi kegemaran ramai pembaca. Kisah antara Tristin Hazel dan Hilman Ukasyah bermula dengan pertemuan yang penuh konflik sebelum berkembang menjadi hubungan yang dipenuhi emosi, kepercayaan dan pengorbanan. Novel ini sesuai untuk peminat kisah cinta romantik yang ringan, menghiburkan dan menyentuh hati.

Sinopsis Novel Dr. Alpha Male

Alpha Male.

Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan. Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya.

Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” — Hilman Ukasyah

Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya.

Namun si mamat itu menyambung lagi...

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” — Hilman Ukasyah

Hazel pula bukan jenis yang duduk diam.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” — Tristin Hazel

Dan beberapa hari selepas itu, Hazel hampir terkena serangan jantung apabila lelaki sama tiba-tiba muncul di tengah dewan kuliah.

Ya... Alpha male itu kini menjadi pensyarahnya.

Permulaan hubungan mereka langsung tak indah. Kena maki? Dah. Menangis? Pun dah.

Namun di sebalik sikap dingin dan barbarian seorang Dr. Alpha Male, Hilman sentiasa ada untuk Hazel.

Dan satu malam mula membuka sisi protective lelaki itu.

“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” — Hilman Ukasyah

Tetapi... adakah semuanya benar? Atau sebenarnya cuma satu helah untuk memperdaya?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Hero alpha male yang menjadi kegemaran ramai pembaca novel Melayu.
  • Trope pensyarah dan pelajar yang penuh konflik serta emosi.
  • Gabungan romantik, komedi dan drama yang seimbang.
  • Dialog-dialog menarik yang menghidupkan watak utama.
  • Karya popular daripada penulis bestseller Anjell.

Genre Novel Dr. Alpha Male

  • Novel Melayu
  • Romantik
  • Contemporary Romance
  • Campus Romance
  • Drama

Novel Berkaitan Anjell

  • Lelaki Astatine
  • King Haidar
  • Dheo's
  • Dia Tetap Sempurna
PenulisAnjell
GenreRomantik Kampus
PenerbitKaryaseni
BahasaBahasa Melayu
Tahun Terbitan2017

Karyaseni merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.


Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Karyaseni secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.


Lihat semua novel Karyaseni di sini

Write a review

Tiada Arah Jodoh Kita

Penulis : Ezza Mysara