Reduced price! Objection Oleh Rehan Makhtar Expand

Objection Oleh Rehan Makhtar

Karyaseni Karyaseni

FP

New

Objection merupakan novel romantik Melayu karya Rehan Makhtar yang mengisahkan Aira dan Zafiq dalam hubungan yang bermula dengan kebencian, salah faham dan dendam. Ketika kebenaran mula terbongkar, hati yang terluka terpaksa memilih antara terus membenci atau memberi peluang kepada cinta. Sebuah kisah menyentuh hati tentang takdir, pengampunan dan kasih yang tidak disangka.

More details

This product is no longer in stock

RM21.85

RM23.00

-5%

Objection Oleh Rehan Makhtar

Objection merupakan novel romantik Melayu karya Rehan Makhtar yang mengangkat tema salah faham, kebencian, pengampunan dan cinta yang hadir tanpa diduga. Novel ini membawa pembaca menyelami perjalanan emosi Aira dan Zafiq yang terperangkap dalam konflik masa lalu sehingga mempengaruhi kehidupan mereka pada masa kini.

Dengan jalan cerita yang sarat emosi, konflik yang mendebarkan serta perkembangan watak yang matang, novel ini membuktikan bahawa tidak semua perkara yang disangka benar sebenarnya adalah kenyataan. Kadangkala, hati perlu belajar melihat dengan lebih jauh sebelum menjatuhkan hukuman.

Sesuai untuk pembaca yang menggemari novel romantik Melayu bertemakan benci jadi cinta, salah faham, konflik keluarga dan kisah cinta yang menyentuh jiwa.

Sinopsis Novel Objection

GERHANA pasti seketika. Setiap kesabaran akan diganjari. Aira hadapi hidup dengan penuh syukur bertemankan Zariq yang begitu jujur padanya. Tapi, suatu hari Zariq pergi tanpa sebarang pesan. Aira menangis. Kecewanya dia. Zariq kejam!

Namun, hidup perlu diteruskan. Aira terus tabah demi budi yang telah dia telan selama ini. Hingga pada suatu hari dia dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, Aira rasa dunianya yang selama ini sekadar gerhana; menjadi gelap-gelita.

"Aku hanya sebut nama Zariq. Tapi, aku tak cakap dekat kau dia pelukis. Kau siapa sebenarnya?" - Aira
"Aku adalah hakim yang akan jatuhkan hukuman pada kau, Aira..." - Zafiq

Dia sakiti Zariq? Tak! Zariq yang tinggalkan dia. Aira bingung. Atau salah Airin, adiknya? Tapi, kenapa nama dia yang lelaki bengis itu sebut?

"Oh, jangan risau. Aku tak ambil bekas orang!" - Zafiq
"Kau boleh kata apa saja. Tapi, kau tak boleh cakap aku ni bekas orang! Sepanjang hidup aku, kau orang pertama pegang kulit aku, tahu tak?" - Aira

Berkali dia nafi. Tapi, mana mungkin suara si kambing hitam mampu menandingi ngauman singa yang kelaparan? Hukuman tetap dijatuhkan tanpa perbicaraan yang adil. Kebebasan Aira kini dipenjara oleh Zafiq. Aira bertahan kerana dia yakin kebenaran akan muncul nanti. Tapi, kenapa setelah segalanya terbongkar, dia masih perlu menjadi tahanan di sini?

"Aku orang pertama. Dan, aku mahu jadi yang satu-satunya, Aira. Kau nak terima?"- Zafiq
"Antara kita, tiada apa lagi yang nak dibicarakan, Zafiq! Awak dah jatuhkan hukuman. Saya dah terimanya." - Aira

Pada Zafiq pula... Perasannya pada gadis itu sejak awal adalah kenyataan. Dia mahu penjarakan Aira selama-lamanya. Dalam hatinya! Tapi, harus bagaimana dia sembuhkan hati yang telah dia lukai dengan tangan sendiri? Kuatkah dia untuk lepaskan kebencian yang selama ini menguasai demi cinta di hati?

"Nak order isteri? Boleh?" - Zafiq
"Hah?" – Aira
"Errr... Sorry. Maksud abang, nak order makanan kesukaan awak. Lepas tu nak pinang awak. Macam tu, boleh ke?"- Zafiq
"Banyak cantik muka awak!"- Aira

Boleh jadi yang mereka benci selama ini adalah yang terbaik dan yang mereka sayangi itu adalah yang buruk. Kerana mereka adalah hamba Tuhan yang tidak pernah mengetahui... akhirnya, Zafiq dan Aira akur tanpa sebarang bantahan.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Novel bertemakan benci jadi cinta yang penuh emosi.
  • Konflik salah faham dan rahsia masa lalu yang mendebarkan.
  • Watak hero possessive yang akhirnya belajar tentang pengorbanan dan kasih sayang.
  • Jalan cerita sarat dengan pengajaran tentang kebenaran dan pengampunan.
  • Gaya penulisan Rehan Makhtar yang terkenal dengan konflik emosi yang kuat dan menyentuh hati.

Genre Novel Objection

Novel Romantik Melayu, Novel Benci Jadi Cinta, Novel Drama Emosi, Novel Keluarga, Novel Bestseller Melayu.

Novel Berkaitan Rehan Makhtar

  • Tak Sempurna Mencintaimu
  • The Reason
  • Checkmate
  • Hati Yang Kau Pinjamkan
  • Takdir Untuk Aku
  • Seseorang Untuk Aku
PenulisRehan Makhtar
GenreRomantik Melayu
PenerbitKaryaseni
BahasaBahasa Melayu
Tahun Terbitan2017

Karyaseni merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.


Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Karyaseni secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.


Lihat semua novel Karyaseni di sini

Write a review

Haydar Rose

Penulis : Aisyahros