International shipping Secure payment
Sanggupkah Bersabar, Sayang? merupakan novel romantik Melayu karya Rehan Makhtar yang mengisahkan Tengku Cairel dan Qaiser Wardah dalam perjalanan cinta yang dipenuhi rindu, pengorbanan dan peluang kedua. Ketika masa lalu kembali menghantui, mereka perlu memilih antara memaafkan atau terus terluka. Sebuah kisah menyentuh hati tentang cinta, kesabaran dan takdir.
Sanggupkah Bersabar, Sayang? merupakan novel romantik Melayu karya Rehan Makhtar yang mengangkat tema cinta, kesabaran, pengorbanan dan peluang kedua. Novel ini mengisahkan perjalanan Tengku Cairel dan Qaiser Wardah yang terikat dengan kenangan silam, kerinduan dan luka yang masih belum sembuh.
Dengan emosi yang mendalam, konflik yang menyentuh hati serta watak yang kuat, novel ini membawa pembaca menyelami perjuangan dua insan yang cuba mencari kebahagiaan di sebalik ujian kehidupan dan takdir yang tidak pernah mudah.
Sesuai untuk peminat novel romantik Melayu yang menyukai kisah cinta penuh emosi, pengorbanan dan perkembangan watak yang menyentuh jiwa.
Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu. Tapi marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila dapat tahu gadis yang nampak sempurna itu sebenarnya buta. Mereka… Sepertinya ada kisah silam bersama. Ada rasa yang sama iaitu kerinduan. Tengku Cairel sarat menanggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi.
“Tongkat saya mana?” - Qaiser Wardah
“Tak payah tongkat… Aku kan ada…” - Tengku Cairel
Rupa-rupanya, hati Tengku Cairel sudah pandai menipu. Bukan rasa belas semata. Tapi ia cinta! Cinta pada seorang gadis buta. Biarpun kekurangan, Qaiser Wardah adalah petunjuk pada jalannya yang kelam dan pada Qaiser Wardah, dia rela memegang tangan Tengku Cairel selamanya. Lelaki yang memanggilnya dengan gelaran Mawar.
“Awak nak kerja kontrak jaga saya ke?” - Qaiser Wardah
“Memang. Kontrak seumur hidup…” - Tengku Cairel
Demi sesungguhnya, bumi ini berputar pada paksinya. Yang pernah terjadi, kembali menghantui. Qaiser Wardah telah tolak jauh segala kenangan lalu yang dirasakan begitu menyakitkan. Tak mudah dia terima tapi kini, penyebab pada kesakitan itu rapat di sisi.
“Apa yang perlu abang buat untuk Mawar maafkan abang?” - Tengku Cairel
“Kita masing-masing perlukan waktu.” - Qaiser Wardah
Kerana tembok sabar yang retak, Qaiser Wardah tidak menahan Tengku Cairel pergi. Biarlah dia tidak dapat melihat selamanya kerana wajah lelaki itu adalah wajah yang tak diundang hadirnya.
“Abang akan hadiahkan segala bahagia buat Mawar, isteri tercinta... Selagi ada asa, selagi ada nyawa. Biarpun abang harus menderita...” - Tengku Cairel
“Mawar tak sangka, bila Mawar boleh melihat… Abang tak mampu membalas renungan Mawar…” - Qaiser Wardah
Entahkan mimpi atau realiti, sukarnya untuk dia terima. Jika ini mimpi dia mahu segera terjaga. Andai ini realiti, mampukah dia terus bersabar?
Novel Romantik Melayu, Novel Drama Cinta, Novel Pengorbanan, Novel Bestseller Melayu, Novel Emosi.
| Penulis | Rehan Makhtar |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Karyaseni |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2016 |
Karyaseni merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.
Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Karyaseni secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.