Reduced price! Wish List Expand

Wish List

Penulisan2u Penulisan2u

FP

New

Penulis : Syamnuriezmil

More details

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Wish List
Penulis : Syamnuriezmil
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-2102-46-5

Sinopsis
Semua impian akan menjadi kenyataan kalau kita ada kesungguhan...

Safa Auliya mempunyai lima senarai impian yang masih belum direalisasikan. Bagi Safa Auliya, impian perlulah disimpan sebagai rahsia kerana kalau diberitahu pada orang lain, kelak tak akan menjadi kenyataan. Sebab itulah hubungan dia dengan Umair Wajdi hanyalah setakat kawan baik walaupun setelah sepuluh tahun mereka berkawan, kerana Safa Auliya tak mampu untuk beritahu impiannya kepada Umair Wajdi.

Sehinggalah...

“Kak Safa... Abang dah tak ada.”
Umair Wajdi meninggal dunia akibat kemalangan. Hancur luluh hati Safa Auliya apabila impiannya itu... Tidak kesampaian.
Namun, sebagai seorang kawan baik, Umair Wajdi tidak meninggalkan Safa Auliya dengan begitu sahaja. Dia meninggalkan Safa Auliya dengan lima impiannya yang perlu Safa Auliya sempurnakan mengikut turutan. Malangnya, Safa Auliya telah berjanji hanya akan sempurnakannya apabila dia berjumpa dengan seseorang yang serupa dengan Umair Wajdi.

Allah S.W.T akhirnya memakbulkan doanya apabila dia tertukar kopi yang tertulis namanya sebagai ‘Awek Cun’ kepada kopi orang lain yang tertulis ‘Z.A’ kerana sibuk berangan!

"Tak apa... Jangan rasa bersalah. Biar saya jadi Awek Cun hari ni.”-Zahkry Adam

Safa Auliya panik, dia tersilap tapi… Rupa lelaki itu mirip sangat dengan Umar Wajdi. Tersentak emosinya saat itu. Dan di situlah menjadi titik persahabatan mereka. Titik di mana bermulanya Safa Auliya mengajak Zakhry Adam sama-sama menyempurnakan wish list Umar Wajdi.

Apakah yang akan terjadi setelah Safa Auliya mendapat tahu siapa sebenarnya Zahkry Adam? Apakah kaitan Zahkry Adam dengan Zahier Adam? Adakah semua impian Umair Wajdi akan tertunai? Atau dibiarkan menjadi senarai menunggu?

Apa pun alasannya... Impian tak akan jadi kenyataan kalau kita tak ada kesungguhan.

Penulisan2u merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.


Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Penulisan2u secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.


Lihat semua novel Penulisan2u di sini

Write a review

Lelaki Eksklusif

Penulis : Wan Awliya Rayqal