International shipping Secure payment
Penulis : Ken Hendri
Mafia Game merupakan novel thriller misteri dan survival game karya Ken Hendri yang membawa pembaca ke dalam sebuah permainan maut yang dipenuhi penipuan, strategi dan pengkhianatan.
Demi ganjaran bernilai 10 juta USD, sekumpulan peserta bersetuju menyertai permainan yang pada awalnya kelihatan seperti cabaran biasa. Namun mereka tidak menyedari bahawa setiap keputusan bakal menentukan siapa yang terus hidup dan siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya.
Dengan elemen psikologi, pembunuhan misteri dan permainan identiti rahsia, novel ini sesuai untuk pembaca yang menggemari kisah penuh suspens dan plot twist yang mengejutkan.
Bila permainan bermula, tiada siapa yang benar-benar selamat.
Tekan ENTER untuk membuka pintu janji. Setiap peserta akan menurunkan tanda setia mereka, bersatu dengan segala peraturan dan kenyataan yang tersembunyi di dalamnya.
Demi wang bernilai 10 juta USD, mereka dipaksa mengenakan peranan masing-masing: Villager, Protector, Detective, dan Mafia. Tanpa mereka sedari, satu pilihan telah mengikat mereka dalam pertarungan hidup dan mati.
Undi dijadikan senjata, dan satu nama akan dipilih untuk disingkirkan. Pemain yang menerima undian terbanyak tidak akan melihat pagi lagi.
Kuncinya: jangan percaya sesiapa, kerana ada seorang pengkhianat dalam kalangan mereka.
“Yang putih akan berubah lusuh. Yang harum bakal hilang baunya. Yang cantik bakal kehilangan indahnya.” — Ivan
“Permainan ini ibarat sebuah persembahan teater. Pemain yang bijak berdiri di atas pentas, mengelirukan yang lain di kerusi penonton dengan lakonan yang sempurna.” — Mikhail
“Tak sangka seumur hidup aku, akan berjumpa dengan orang yang mampu menang hampir semua permainan daripada program The Game.” — Eun Jin
“Kau yang mengkhianati aku. Aku takkan bertindak macam ni kalau kau tak tipu aku. Tapi, aku tak sebodoh yang kau sangka.” — Aszkhil
Dalam permainan ini, di mana semua orang berbohong, satu-satunya langkah yang betul ialah menjadi lebih kejam daripada musuh. Dan kebenaran bukanlah pelindung, ia hanya satu lagi alasan untuk membunuh.
Siapakah yang menguasai permainan? Siapa pula pemburu, atau mangsa yang tidak menyedari ajalnya semakin hampir?
Nyawa dan jiwa hanyalah bidak, dan tiada jalan untuk berpatah balik, kerana dalam permainan ini, belas kasihan tidak pernah wujud.
“Persembahan yang bagus. Aku tunggu saja lakonan kau orang berakhir. Sekarang, persembahan dah nak tamat. Rasanya, kita dah di akhir cerita.”
Thriller Misteri, Survival Game, Psikologi, Suspens, Crime Thriller, Dark Mystery, Fiksyen Thriller Malaysia.
| Penulis | Ken Hendri |
| Genre | Thriller |
| Penerbit | Fajar Pakeer |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2026 |
Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.