Reduced price! Aku Ada Untukmu Expand

Aku Ada Untukmu

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

Suara Hati Publication

New

Penulis : Dilla Ahmad

More details

This product is no longer in stock

RM22.80

RM24.00

-5%

Tajuk : Aku Ada Untukmu
Penulis : Dilla Ahmad
Harga : RM24.00
ISBN : 9789671620915

Sinopsis
Susah jadi lelaki hensem dan kaya ni! Macam dalam novel, lelaki seperti ini pasti menjadi rebutan. Begitu juga yang berlaku pada diri Ian Zarief. Anissa janda anak satu a.k.a ex-girlfriend a.k.a isteri kepada arwah kawan baiknya, menuntut janji untuk kembali bersama. Sorang lagi, Amalia anak kepada BFF mamanya, Datin Adira juga turut mengejarnya. Dua-dua dia tak suka. Tak nak serabut otak, dia akhirnya memutuskan untuk berkahwin tanpa cinta dengan seorang pekerja kedai buku, suka cakap lepas dan miskin sebab tiada telefon bimbit. Alisa namanya.

“Kahwin dengan saya dan saya akan menanggung segala bil pembedahan awak tu!”- Ian Zarief

Oh, ya. Alisa juga sakit. Malah, abahnya di rumah juga sedang terlantar kerana lumpuh. Alisa tersepit. Dia perlukan wang untuk mengubati sakitnya. Kalau tak, siapa yang akan menjaga abahnya itu? Tawaran Ian Zarief sangat menarik, tapi….

“Orang perempuan mana boleh berkahwin dengan lelaki yang dia tak sayang!”- Alisa

Demi abahnya, Alisa bersetuju juga berkahwin dengan lelaki yang baru dua bulan dia kenal. Punyalah cepat, sampaikan nama penuhnya pun Ian Zarief tak tahu. Hailah!

Syarat Ian ‘jangan jatuh cinta’, tapi tidur tetap nak sekatil. Ini bukan novel, nak tidur asing-asing katanya. Berbagai rintangan yang mereka lalui dalam mempertahankan hubungan tanpa cinta ini. Gangguan tetap ada. Rahsia hidup Alisa menjadi punca. Klisekah jalan cerita mereka ini akhirnya?

Suara Hati Publication

Write a review

Suamiku Tak Gentleman

Penulis : Daisy Zahra