Notis Bercuti

BBO mula bercuti pada 15 - 25 Dis 2018. Hari terakhir untuk hantar tempahan & buat bayaran ialah pada 13 Dis 2018. Tempahan & bayaran yang dihantar bermula 14 Dis 2018, BBO akan proses selepas cuti, bermula 26 Dis 2018. Tawaran diskaun 10% DIBUKA

New Bahagia Dosa Semalam Expand

Bahagia Dosa Semalam

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

Suara Hati Publication

New

Penulis : Nojie

More details

RM26.00

Tajuk : Bahagia Dosa Semalam
Penulis : Nojie
Harga : RM26.00
ISBN : 9789671620960

Sinopsis
Disebabkan kejadian ‘malam berdarah’ itu, hidup Ziyaad dan Qisya berubah sepenuhnya kerana malam yang sama juga telah merentap kebahagiaan hidup mereka.

Takdir menemukan mereka sepuluh tahun kemudian. Layanan dingin Ziyaad pada Qisya berubah sebaik sahaja mengetahui identiti sebenar Qisya, perempuan yang cuba dijejakinya bertahun dulu. Semuanya demi menebus dosanya pada Qisya.

Kemunculan semula Kepeng telah membuatkan Ziyaad melayan Qisya dengan dingin semula. Dia takut andai kata rahsia yang disembunyikan sejak sepuluh tahun dulu akan sampai ke pengetahuan Qisya.

Tanpa Qisya sedari, hati dan jiwa Ziyaad sedang berperang sendiri. Di antara rasa cinta yang mula berputik dan tanggungjawab mahu menebus segala dosa silamnya pada Qisya.

Apa benar, orang yang berdosa sepertinya tak layak untuk berasa bahagia? Mampukah Ziyaad mencipta bahagianya dengan Qisya? Dan bolehkah Qisya menerima Ziyaad andai rahsia sepuluh tahun dulu terbongkar?

Suara Hati Publication

Write a review

Seadanya Aku

Penulis : Rissa Ahdiya