International shipping Secure payment
Penulis : Mimie Ismail
Tajuk : Rindu Yang Terakhir
Penulis : Mimie Ismail
Harga : RM27.00
ISBN : 9789671540893
Sinopsis
Hidup Rheya penuh dengan keseronokan duniawi ciptaan kekasih hatinya, Radit. Nasihat orang tuanya dipandang sepi. Namun, kecurangan Radit telah membuka mata hatinya dalam menilai kasih sayang orang tuanya yang tidak bertepi. Radit dilupakan. Rheya kembali taat kepada Ray yang menyinari hidupnya dengan cinta yang tulus. Namun, takdir mencemburui kebahagiaan Rheya. Ray disahkan menghidapi kanser otak.
"Aku nak kau terima girlfriend aku jadi isteri kau! Aku tuntut janji kau pada aku, Dit." - Ray
Radit muncul semula, membawa lamaran yang sangat tidak masuk akal! Rheya bingung! Ray yang membuangnya atau Radit yang sedaya upaya ingin membuktikan yang dirinya adalah Radit yang baru. Saat Rheya menerima semula Radit, rahsia Radit terbongkar membuatkan parut di hati Rheya berdarah semula. Hati Rheya terbahagi dua. Di antara cintanya yang masih menyala buat Ray yang berada di ambang maut ataupun pada Radit yang bersungguh-sungguh pulang semula ke pangkal jalan. Apakah takdir yang sudah tertulis untuk mereka bertiga ini?
Suara Hati Publication merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.
Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Suara Hati Publication secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.