International shipping Secure payment
Benci Kurindu ialah novel romantik Melayu karya Lollysnow yang mengisahkan Amanda dan Harraz dalam konflik cinta dan dendam keluarga yang berpanjangan. Apabila rahsia demi rahsia terbongkar, kebencian mula bertukar menjadi penyesalan. Mampukah mereka membina semula bahagia yang pernah musnah akibat masa lalu?
Benci Kurindu merupakan novel romantik Melayu karya Lollysnow yang menggabungkan elemen cinta, dendam keluarga, konflik masa lalu dan perjalanan memaafkan yang penuh emosi.
Kisah ini membawa pembaca menyelami hubungan rumit antara Harraz dan Amanda yang bermula dengan kebencian, namun berubah apabila kebenaran mula terungkai satu demi satu.
Dengan jalan cerita yang sarat emosi, konflik keluarga yang mendalam dan watak yang berkembang dengan baik, novel ini sesuai untuk peminat kisah cinta penuh drama dan pengorbanan.
Benci dan sayang terkadang hanya dipisahkan dengan sehelai kertas nipis.
Sejauh mana rasa benci itu, kita tidak tahu apa yang akan merubahnya pada masa akan datang.
Itulah yang dilalui Harraz dan Amanda. Amanda pernah sukakan Harraz dan menaruh perasaan kepada lelaki itu sejak mereka di bangku sekolah lagi. Tapi, satu peristiwa membuatkan Amanda tidak berani lagi menaruh hati.
“Apa salah aku pada kau? Kau ni tak betul gamaknya! Benci orang tanpa sebab.” – AMANDA
“Dengar, Amanda. Disebabkan kau anak tiri Tan Sri Khairil, tak akan ada istilah suka dalam diri aku untuk kau. Tapi benci.” – HARRAZ
“Kenapa kalau aku anak tiri dia?” – AMANDA
“Sebab aku anak kandung dia.” – HARRAZ
Hanya itu kata-kata terakhir mereka sebelum Amanda menghilangkan diri daripada pandangan mata Harraz.
Bertahun berlalu, pertemuan semula…
Kesumat Harraz tidak pernah padam. Apa yang dilakukan mama Amanda kepada arwah ibunya dianggap kejam. Hanya Amanda orang yang paling layak menerima segala amarahnya.
Kemuncaknya, gaun Destiny yang dipakai Amanda terbakar. Nekad Amanda berubah 100%. Dendam harus dibalas dengan dendam.
Namun, satu demi satu perkara terbongkar membuatkan Amanda terdesak melakukan apa pun untuk menghentikan amukan Harraz. Dia pasrah dalam luka.
Penyesalan menjadi percaturan takdir. Apakah masih wujud rasa benci di antara mereka?
Mampukah nyawa kecil yang wujud itu membesar dengan kasih yang selayaknya?
Kala cinta mengalahkan ego, sesal membunuh kebencian, kala hati merangkai mimpi, jiwa memburu harapan.
“Aku cari kau untuk diri aku sendiri.”
Novel Romantik Melayu, Drama Keluarga, Cinta dan Dendam, Romantik Emosi, Fiksyen Melayu.
| Penulis | Lollysnow |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Fajar Pakeer |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2022 |
Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.