International shipping Secure payment
Ammar Zahrain: The Obsessive Husband ialah novel romantik Melayu karya Nssignature yang mengisahkan Ammar Zahrain, seorang duda yang jatuh cinta kepada Aisya Zenia walaupun wanita itu sudah berpunya. Dalam kisah penuh obsesi, pengorbanan dan konflik hati, Aisya terpaksa memilih antara cinta lama dan lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya.
This product is no longer in stock
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Ammar Zahrain: The Obsessive Husband ialah novel romantik Melayu karya Nssignature yang membawakan kisah cinta penuh obsesi antara Ammar Zahrain dan Aisya Zenia. Perbezaan usia, konflik hati dan hubungan yang rumit menjadikan perjalanan cinta mereka jauh daripada mudah. Ketika Ammar sanggup melakukan apa sahaja demi memiliki wanita yang dicintainya, Aisya pula terperangkap antara cinta lama dan masa depan yang tidak pernah dijangkakan. Novel ini sarat dengan emosi, konflik keluarga, pengorbanan dan perjuangan mempertahankan cinta di tengah pelbagai halangan.
Bunga terlarang yang tiba-tiba mencuri hatinya. Itu gambaran tepat tentang perasaan Ammar Zahrain terhadap Aisya. Dan kesempatan untuk tinggal di rumah keluarga wanita itu diambil sebaik mungkin.
“Awak cantik. Kalau tidak, tak adalah dari tadi lagi hati saya memuji.” – Ammar Zahrain
“Uncle dah kahwin ke?” – Aisya Zenia
“Saya duda, Aisy.” – Ammar Zahrain
Jarak umur dan hati Aisya yang sudah berpunya tidak menjadi penghalang buat Ammar. Dia mempunyai kelebihan kerana diterima baik oleh keluarga Aisya malah mendapat sokongan penuh daripada abah Aisya.
“Kenapa you pilih dia Aisya? Takkan hubungan kita yang dah hampir tiga tahun ni putus macam tu je?” – Fathi
“Maafkan Isya.” – Aisya Zenia
“That’s not an answer, Aisya!” – Fathi
“Lower down your tone, young man!” – Ammar Zahrain
Protective dan obsessive, itulah Ammar Zahrain. Dia tidak peduli siapa sahaja yang menyentuh Aisya akan berdepan dengannya. Walaupun selepas mengetahui bahawa Fathi ialah anak tiri kepada sahabat baiknya sendiri, keinginannya tetap sama. Aisya harus menjadi miliknya.
“Kenapa kekasih anak tiri Lodovico juga yang kau ambil? Kau pun tahu kan yang Lodovico tu berbahaya?” – Joef
Sejauh mana Ammar mampu mempertahankan Aisya sebagai isterinya? Dan mengapa Aisya memilih untuk menerima Ammar sedangkan hatinya masih milik Fathi?
“Love me hard and I will show you what heaven feels like.” – Ammar Zahrain
Novel Romantik Melayu, Hero Obsessive, Possessive Hero, Age Gap Romance, Love Triangle, Drama Keluarga, Cinta Konflik.
| Penulis | Nssignature |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Idea Kreatif |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2023 |
Idea Kreatif merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.
Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Idea Kreatif secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.