International shipping Secure payment
Leftenan Harraz ialah novel romantik tentera yang mengisahkan seorang pegawai TUDM yang terperangkap antara cinta, tanggungjawab dan konflik masa silam. Sebuah kisah penuh emosi, misteri dan pengorbanan demi negara.
Untuk pembaca yang sukakan novel romantik tentera, enemies to lovers, hero beruniform, konflik misteri, kisah pengorbanan demi negara dan perjalanan cinta yang penuh emosi serta debaran.
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Leftenan Harraz merupakan novel romantik tentera karya Syirahnees yang menggabungkan elemen cinta, pengorbanan, misteri dan perjuangan mempertahankan negara.
Harraz Huzaïr merupakan seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia yang sentiasa meletakkan tanggungjawab mengatasi segala-galanya. Namun kehidupannya mula berubah apabila takdir mempertemukan dia dengan Afina, seorang gadis yang sering mencetuskan perang mulut dan kekecohan dalam hidupnya.
Di sebalik hubungan yang bermula dengan kebencian, tersimpan perasaan yang semakin sukar dinafikan. Namun apabila konflik lama kembali menghantui dan ancaman terhadap negara semakin membesar, Harraz terpaksa memilih antara cinta dan tanggungjawab yang dipikulnya sebagai seorang leftenan.
Di sebalik uniform yang tersarung kemas dan keberanian yang menjadi perisai, tersembunyi luka lama yang tidak pernah benar-benar sembuh.
Harraz Huzaïr tidak pernah diberi pilihan untuk lemah. Langit yang dijaganya bukan sekadar ruang kosong, tetapi kedaulatan, dan nyawa yang dipertaruhkan. Dalam dunia yang menuntut kesetiaan tanpa syarat, perasaan adalah perkara terakhir yang boleh dia dahulukan.
Namun, takdir tetap menemukan dia dengan sesuatu yang tidak pernah dia rancang iaitu cinta.
Bermula dengan perang mulut yang tiada noktah. Sindiran dilempar tanpa henti, seolah-olah diam itu mustahil. Memandang wajah satu sama lain sahaja sudah cukup untuk menyalakan rasa benci yang meluap-luap.
“Hei, mat saleh celup! Rambut tu perang macam mat saleh! Tapi kau versi celup dalam air karat! Bukan asli pun rambut kau tu!” - Afina
Begitulah Afina dan Harraz, mereka dua jiwa yang tidak pernah sehaluan.
“Mat saleh celup dia panggil aku?” “Eh, meow ni. Lepas ni kalau terserempak lagi, tahulah aku nak kerjakan kau balik. Kau tunggu.” - Harraz
Sehinggalah satu tragedi memaksa segalanya berubah. Dari musuh menjadi teman, dari benci menjadi rasa yang perlahan-lahan sukar dinafikan. Hati Harraz mula goyah… tetapi sumpahnya sebagai seorang leftenan sentiasa berdiri lebih tinggi daripada segalanya.
Negara memanggil. Dan dia tidak pernah berpaling.
“Kau panggil itu seni… tapi bagi aku, itu jenayah. Kau hancurkan kepercayaan kami. Kau cuba runtuhkan langit yang kami pertahankan!” — Harraz
Kesumat lama kembali menghantui. Satu demi satu misteri terungkai, menyeret pasukan TUDM ke dalam konflik yang semakin berbahaya. Tetapi, sampai bila Harraz mampu berdiri teguh pada tanggungjawabnya… apabila musuh yang dihadapi dari masa silam yang tidak pernah benar-benar mati?
Masih adakah ruang untuk bahagia atau seorang lelaki seperti dia hanya ditakdirkan untuk memilih antara cinta dan tanggungjawab, tanpa pernah memiliki kedua-duanya?
“Suara-suara macam kau selalu bernyanyi tentang kehormatan. Tapi satu benda yang kauorang terlepas pandang... ialah hasilnya. Dan hasilnya dah mula bekerja.”
Romantik, Military Romance, Enemies To Lovers, Suspens, Drama, Misteri, Fiksyen Romantik Malaysia.
| Penulis | Syirahnees |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Fajar Pakeer |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2026 |
Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.