International shipping Secure payment
Ceritera Novela: Raven menghimpunkan tiga kisah penuh misteri, cinta dan pengorbanan. Menampilkan watak-watak yang berdepan rahsia gelap, konflik dendam serta pilihan sukar antara cinta, keadilan dan keluarga.
Untuk pembaca yang sukakan novel thriller romantik, watak hero misteri, rahsia gelap, konflik dendam, kisah perlindungan keluarga dan jalan cerita yang penuh emosi serta kejutan.
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Ceritera Novela: Raven merupakan koleksi tiga novela karya Fufulieya Mat, Nssya dan MySerraa yang membawa pembaca menyelami kisah penuh misteri, cinta, dendam dan pengorbanan.
Setiap cerita menampilkan watak yang terperangkap dalam rahsia gelap, masa lalu yang menghantui serta pilihan sukar yang mampu mengubah seluruh kehidupan mereka. Dari cinta yang menyembunyikan sisi paling berbahaya, dendam yang membakar jiwa hingga pengorbanan seorang pelindung demi keluarga tercinta.
Gabungan elemen thriller, romantik dan drama menjadikan naskhah ini sesuai untuk pembaca yang sukakan cerita penuh emosi, ketegangan dan plot yang sukar dijangka.
Fufulieya Mat - Bloody Saint
"Jangan suka aku, Lara. Aku bukan lelaki yang baik" - Kasyaf Arfan.
Sepanjang Dilara mengenali Kasyaf, lelaki itulah yang paling baik walaupun sering dianiaya, lelaki itu selalu memaafkan dan membantu. He's a saint!
"Dan awak pun kena janji, walau apa pun yang jadi awak tak boleh tinggalkan saya." — Dilara
Namun semuanya berubah bila lelaki yang dia sangkakan malaikat itu rupanya lebih setan dari setan yang dia pernah lihat. He's a bloody saint!
"A bloody saint. I'm a sinner with the lips of saint. Itu memang sudah sebati dengan aku, sayang."
Nssya – Langit Tanpa Arah
“Sekalipun aku perlu terjun ke lembah berapi, akan aku turuti demi menghancurkan mereka.” - Leia
Di saat dia hampir rebah, Daeng hadir sebagai tempat bersandar. Tetapi di sebalik kesetiaan itu, tersembunyi sebuah rahsia yang mampu memusnahkan segalanya.
Apabila kebenaran mula terungkai, Leia terpaksa memilih antara keadilan atau cinta yang selama ini menjadi kekuatannya.
Jika senja dan pagi tidak pernah ditakdirkan bersatu, adakah cinta dan dendam hanya ditakdirkan saling memusnahkan?
“Hidup umpama langit tanpa arah; tiada siapa pernah tahu apakah penghujungnya.”
MySerraa – Dalam Jagaannya – Special Edition
Jika melindungi menjadi simbol cinta, adakah kehilangan yang menjadi harga yang perlu dibayar?
“Aku bersumpah, aku akan balas berlipat kali ganda kalau kau sentuh isteri dan anak aku walaupun sekali…” - Fareeq Isyraf
Dia leka mengejar bukti tanpa henti, hingga kejahatan yang memburunya. Saat itu, dia harus membuat pilihan dan dalam pilihan yang mustahil itu, dia berdepan dengan hakikat, kadangkala, menjadi wira bermaksud gagal menyelamatkan semua orang.
“Aku tahu dia hanyalah pinjaman. Aku tahu dia bukan milikku selamanya. Tetapi, izinkan aku meminjamnya untuk seumur hidup.”
Thriller Romantik, Suspens, Drama, Misteri, Dark Romance, Family Drama, Fiksyen Romantik Malaysia.
| Penulis | Fufulieya Mat, Nssya & MySerraa |
| Genre | Romantik Thriller |
| Penerbit | Fajar Pakeer |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2026 |
Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.