International shipping Secure payment
Jagaan Jibrail ialah novel romantik thriller karya Asyraaf Hazen yang mengisahkan hubungan antara seorang gadis ceria dan pengawal peribadinya yang dingin. Tragedi, pengkhianatan dan ancaman misteri menguji cinta mereka sehingga memaksa kedua-duanya berjuang mempertahankan kepercayaan dan kehidupan.
Untuk pembaca yang sukakan novel bodyguard romance, hero dingin dan protective, heroine kuat diuji takdir, konflik pengkhianatan serta kisah cinta yang penuh emosi dan debaran.
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Jagaan Jibrail merupakan novel romantik thriller karya Asyraaf Hazen yang menggabungkan elemen bodyguard romance, misteri, pengkhianatan dan cinta yang diuji oleh takdir.
Pertemuan antara Yasmeen dan pengawal peribadinya, Zeyad Jibrail, bermula dengan sikap dingin dan jurang emosi yang sukar dirapatkan. Namun sebuah tragedi mengubah segala-galanya apabila Yasmeen kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya.
Di sebalik kasih yang mula berputik, wujud musuh yang sedang menanti peluang untuk menghancurkan mereka. Rahsia demi rahsia terbongkar, sementara kepercayaan yang dibina mula retak akibat pengkhianatan yang tidak disangka.
Novel ini sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah cinta penuh emosi, hero pelindung yang setia, misteri yang mendebarkan dan konflik yang membuatkan pembaca sukar berhenti membaca.
Di celah retak takdir, lahir pertemuan yang penuh gelora. Bukan dihiasi dengan indahnya pesona, tapi amarah yang membara.
Seorang penuh ceria, seorang lagi sejuk bagai ais. Ketika Yasmeen mengusik, Jibrail hanya menjeling, tidak menghiraukan. Saat Yasmeen merajuk, Jibrail tetap membisu, tiada emosi. Lama kelamaan, Yasmeen menerima hakikat, bahawa pengawal peribadinya ini bagaikan klon robot, tanpa rasa, tanpa jiwa.
Jibrail langsung tidak tertarik pada dirinya. Saat lelaki itu mahu berpaling tidak sudi, tragedi yang meragut kesempurnaan si gadis mula menguji.
“Saya buta, Jibrail. Saya cacat.” - Yasmeen
“Cik Alana tetap sempurna pada mata saya.” – Zeyad Jibrail
Semua itu hanyalah permulaan bagi Jibrail. Dia tetap mahukan Yasmeen, meskipun gadis tidak lagi sempurna seperti dahulu. Bila cinta mula berputik, Yasmeen kembali diburu. Kebahagiaan menjadi duri bagi seseorang yang telah lama merancang untuk menghancurkan Yasmeen dan memanipulasikan Jibrail.
Apakah setiap jejak pengkhianatan akan terus menunggu masa untuk dihancurkan oleh kenyataan?
“Dan kematianmu akan membuatkan semua orang gerun dengan aku.” - Zeyad Jibrail
Kemuncaknya, apabila segala berubah menjadi duri dalam daging. Yasmeen hampir hilang akal ketika Jibrail ditembak. Tanpa Jibrail, segala yang pernah indah kini bagaikan mati. Dia hanya mampu menunggu keajaiban yang tak kunjung tiba.
Mengapa suratan begitu kejam, meragut segalanya tanpa amaran?
Mampukah dirungkai musuh dalam lipatan yang telah membinasa aras percaya yang dibina?
Dalam kelam, mereka tidak mampu menilai, mana wajah manusia, mana topeng sang iblis yang berselindung di sebalik rahsia.
“Jangan leka pada target yang salah. Sedangkan yang betul-betul busuk ada di depan mata.”
Romantik Thriller, Bodyguard Romance, Suspens, Misteri, Drama Keluarga, Psychological Romance, Fiksyen Malaysia.
| Penulis | Asyraaf Hazen |
| Genre | Romantik Thriller |
| Penerbit | Fajar Pakeer |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2025 |
Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.