International shipping Secure payment
Indah merupakan novel romantik karya Lollysnow terbitan Fajar Pakeer yang mengisahkan Indah Helena, seorang wanita yang trauma dengan pengkhianatan sehingga sukar mempercayai lelaki. Kehadiran Syaqil Irham mengubah segalanya, namun cinta mereka diuji dengan konflik, pengorbanan dan rahsia yang mengubah kehidupan.
Novel Indah membawa pembaca menyelami kisah penuh emosi antara Indah Helena dan Syaqil Irham...
“Saya benci lelaki.”
Kadangkala, yang paling menghancurkan hati bukanlah kehilangan, tetapi kepercayaan yang dikhianati tanpa belas. Sejak itu, Indah Helena memilih untuk membina tembok setinggi langit, tidak memberi ruang untuk mana-mana lelaki menyentuh hatinya.
Kedatangan Indah ke rumah sahabat baiknya menjadi detik pertemuan antara dia dan abang kandung sahabatnya. Namun, siapa sangka pertemuan yang pada awalnya tiada makna itu membawa mereka melalui detik-detik di mana lelaki itu sentiasa ada saat Indah memerlukannya. Syaqil Irham. Sebaik mana pun lelaki itu, dia tetap seorang lelaki dan orang asing di mata Indah
“Orang asing? Aku pernah jadi tunang kau sekurang-kurangnya dalam lima minit juga.” -
Syaqil Irham
Makin dilayan perangai lelaki itu, makin Indah rasa nak gila. Dalam nak gila pun, boleh pula dia terjatuh cinta. Dalam bergaduh dan berbaik semula seperti anjing dengan kucing, akhirnya Indah akur dengan hakikat bahawa dia tetap memerlukan lelaki ini saat hidupnya diancam seseorang.
“If I, Indah Helena, end up in the same situation like before, I will agree to marry Syaqil
Irham. By hook or by crook, I’ll be his wife. Puas?” – Indah Helena
Namun betul kata orang, terlalu percaya juga boleh menghancurkan kita sedalam-dalamnya.
“Itu anak aku?” – Syaqil Irham
“Walaupun abang susah nak mengaku Indah sebagai isteri, sekurang-kurangnya abang boleh pandang Indah sebagai manusia yang ada perasaan!” – Indah Helena
Saat bahagia diuji dengan ujian paling berat, apakah pilihan yang tinggal untuk Indah?
Untuk terus kuat, atau akhirnya mengalah pada takdir yang membenam jiwanya sendiri?
“Kita memang akan jadi lebih daripada diri kita yang biasa apabila datang kemahuan
inginkan sesuatu. Selama ini bukannya kita tak mampu, kita cuma tak ada dorongan yang
perlu untuk jadi begitu.”
| Penulis | Lollysnow |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Fajar Pakeer |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2026 |
Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.