International shipping Secure payment
Penulis : Berrybalqiss
Tajuk : His Princesa
Penulis : Berrybalqiss
Harga : RM32
Sinopsis
Di tengah fatamorgana kehidupan, langkah mereka bersilang secara tidak sengaja. Entah itu takdir atau isyarat, rasa yang lahir sejak saat itu perlahan-lahan tumbuh, bersedia mengubah hidup mereka selamanya.
Seorang lelaki yang tidak pernah merancang untuk jatuh cinta mendapati seluruh hidupnya
berubah apabila Imani hadir, menyentuh hatinya tanpa dia sedari.
Terlahir sebagai Princesa yang tidak pernah dianggap Puteri, Imani tetap berdiri teguh
di tengah badai. Di sebalik senyuman lembutnya, tersembunyi hidup penuh
tekanan, rahsia keluarga, dan bahaya yang menjadi bayangan - mengikuti setiap langkahnya.
Pertemuan mereka menyalakan harapan, namun perjalanan hidup tetap menyimpan kejutan yang
tidak mudah dijangka.
"Saya tak sesuai untuk awak. Status kita terlalu berbeza. Saya takut awak akan sakit
bersama saya. Saya tak mahu percayakan sesiapa lagi." – Imani
Dia bukan lelaki yang tewas. Cintanya tidak pernah pudar. Dia sanggup menempuh segala
risiko, demi melindungi seorang Princesa.
Namun, kedamaian hanyalah bayangan. King muncul sebagai sisi gelap yang mengancam
segalanya, sementara Mimi Qistina kembali, membawa tipu muslihat yang
meruntuhkan dunia Aidan.
“Kau tunggu… kau belum kenal siapa aku. Siapa yang cuba ambil apa yang aku mahu… dia kena
sedia hancur sekali dengan aku. - Mimi Qistina
Aidan harus memilih: menentang sisi gelap dalam dirinya, atau kehilangan seseorang yang
kini menjadi penjaga hatinya.
“Because you matter to me. I will protect you, whatever the price, whatever the storm. Eres
mi vida… kau adalah nyawaku.”- Aidan
Akankah kegelapan masa lalu menelan kebahagiaan mereka… seperti nada terakhir pada
piano yang terus bergema di tengah jalan yang tiada simpangnya?
Mampukah seseorang belajar mencintai dirinya sendiri terlebih dahulu, dan menjadikan
luka yang lalu sebagai kekuatan untuk terus melangkah?
"Love yourself before you love me. Use what happened to keep moving forward — that
means you’re strong."
TERIMA KASIH FP