Reduced price! Mafia Game Ken Hendri Terbitan Februari 2026 Expand

Mafia Game Ken Hendri Terbitan Februari 2026

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Ken Hendri

More details

RM24.70

RM26.00

-5%

Tajuk : Mafia Game
Penulis : Ken Hendri
Harga : RM26

Sinopsis
Bila permainan bermula, tiada siapa yang benar-benar selamat.   
Tekan ENTER untuk membuka pintu janji. Setiap peserta akan menurunkan tanda setia   
mereka, bersatu dengan segala peraturan dan kenyataan yang tersembunyi di   
dalamnya.   
Demi wang bernilai 10 juta USD, mereka dipaksa mengenakan peranan   
masing-masing: Villager, Protector, Detective, dan Mafia. Tanpa mereka sedari, satu pilihan telah   
mengikat mereka dalam pertarungan hidup dan mati.   
Undi dijadikan senjata, dan satu nama akan dipilih untuk disingkirkan. Pemain yang   
menerima undian terbanyak tidak akan melihat pagi lagi.   
Kuncinya: jangan percaya sesiapa, kerana ada seorang pengkhianat dalam kalangan mereka.   
“Yang putihakan berubah lusuh. Yang harum bakal hilang baunya. Yang cantik bakal   
kehilangan indahnya.” — Ivan   
“Permainan ini ibarat sebuah persembahan teater. Pemain yang bijak berdiri di atas pentas,   
mengelirukan yang lain di kerusi penonton dengan lakonan yang sempurna.” — Mikhail   
“Tak sangka seumur hidup aku, akan akan berjumpa dengan orang yang   
mampu menang hampir semua permainan daripada program The Game.” -  Eun Jin   
“Kau yang mengkhianati aku. Aku takkan bertindak macam ni kalau   
kau tak tipu aku. Tapi, aku tak sebodoh yang kau sangka.” - Aszkhil   
Dalam permainan ini,  di mana semua orang berbohong, satu-satunya langkah yang betul ialah menjadi lebih   
kejam daripada musuh. Dan kebenaran bukanlah pelindung, ia hanya satu lagi   
alasan untuk membunuh.   
Siapakah yang menguasai permainan?  Siapa pula pemburu, atau mangsa yang tidak menyedari ajalnya semakin hampir?   
Nyawa dan jiwa hanyalah bidak, dan tiada jalan untuk berpatah balik, kerana dalam   
permainan ini, belas kasihan tidak pernah wujud.   
“Persembahan yang bagus. Aku tunggu saja lakonan kau orang berakhir. Sekarang, persembahan   
dah nak tamat. Rasanya, kita dah di akhir cerita.”   
TERIMA KASIHFP   

Write a review

Mafia Game Ken Hendri Terbitan Februari 2026

Mafia Game Ken Hendri Terbitan Februari 2026

Penulis : Ken Hendri