Reduced price! Mi Carino Hudanajwa Terbitan Mei 2025 Expand

Mi Carino Hudanajwa Terbitan Mei 2025

Idea Kreatif Idea Kreatif

CN

New

Penulis : Hudanajwa 

More details

RM29.45

RM31.00

-5%

Tajuk : Mi Carino
Penulis : Hudanajwa 
Harga : RM31
ISBN : 9789672803713

Sinopsis
Empat sahabat di Royal Noble Highschool:

Tengku Adrean Ruiz,
Tengku Daniel Louis,
Megat Hafiz,
Salsabella Irine.

Di sebalik persahabatan mereka yang kukuh, ada rahsia yang Megat Hafiz simpan. Rasa hatinya yang mendalam terhadap Salsabella terpaksa dipendam kerana tidak mahu merosakkan persahabatan.

Ketika Salsabella difitnah dan digantung sekolah, mereka semua terjerat dalam konspirasi yang lebih besar terutamanya dengan kemunculan Rodriguez Artiles Ruiz, datuk kepada Tengku Adrean, yang membawa ancaman kepada mereka semua.

Di saat mereka merasakan semuanya sudah tamat, Salsabella pula meninggalkan mereka tanpa jejak, meninggalkan luka dalam hati Megat Hafiz yang semakin menyesal kerana tidak pernah meluahkan perasaannya.

Tahun-tahun berlalu, bayang-bayang Salsabella terus menghantui Megat Hafiz. Satu janji yang pernah diungkapkan Salsabella saat kali terakhir mereka berjumpa.

"If we meet again, I have something to confess to you." —Salsabella Irine

Apakah yang sebenarnya terjadi pada Salsabella? Dan apakah akhirnya bagi cinta yang bermula dari sebuah persahabatan?

Sebuah kisah tentang cinta yang tertangguh, penyesalan yang tidak berkesudahan, dan persahabatan yang diuji waktu.

"It's so hard to find words to describe you. You're already a goddamn poem all on your own." —Megat Hafiz

Idea Kreatif merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.


Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Idea Kreatif secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.


Lihat semua novel Idea Kreatif di sini

Write a review

Carnival Game oleh Ken Hendri Terbitan Fajar Pakeer

Carnival Game merupakan novel thriller misteri karya Ken Hendri yang membawa pembaca ke dalam permainan maut penuh teka-teki. Demi membongkar rahsia kematian Luna dan Rafi, Kaven terperangkap bersama 13 pemain lain dalam sebuah karnival misteri selama tujuh malam. Setiap langkah menentukan hidup atau mati, sementara Tiket Emas menjadi satu-satunya harapan untuk terus bertahan.