Reduced price! Love & You Oleh Lollysnow Expand

Love & You Oleh Lollysnow

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Love & You ialah novel romantik Melayu karya Lollysnow yang mengisahkan Azmir dan Tia, dua insan berbeza yang disatukan oleh takdir. Bermula dengan perkahwinan tanpa cinta, mereka terpaksa belajar memahami perbezaan dan menerima masa lalu masing-masing. Mampukah hubungan yang lahir tanpa cinta bertukar menjadi bahagia yang berkekalan?

More details

RM28.50

RM30.00

-5%

Love & You Oleh Lollysnow

Love & You merupakan novel romantik Melayu karya Lollysnow yang mengangkat kisah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, namun perlahan-lahan membina rasa sayang, kepercayaan dan keserasian.

Novel ini membawa pembaca mengikuti perjalanan Azmir Izzudin dan Tia Adriana, dua insan yang berbeza personaliti tetapi dipertemukan oleh takdir dalam sebuah ikatan yang tidak pernah mereka rancang.

Dengan gabungan elemen romantik, konflik rumah tangga, perbezaan karakter dan kisah cinta selepas perkahwinan, Love & You menawarkan sebuah cerita yang manis, lucu dan penuh emosi.

Sinopsis Novel Love & You

Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. Ia adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan.

Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir?

Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu.

Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan.

“I bagi peluang you lari.” – Tia

“Kenapa awak je yang tak lari?” – Azmir

Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus.

Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak.

Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain.

Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir.

Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu?

Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya?

“I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Kisah kahwin tanpa cinta yang berkembang menjadi hubungan penuh makna.
  • Watak Azmir dan Tia yang mempunyai personaliti bertentangan tetapi saling melengkapi.
  • Gabungan romantik, komedi dan konflik rumah tangga yang realistik.
  • Perjalanan cinta selepas perkahwinan yang manis dan menyentuh hati.
  • Sesuai untuk peminat novel romantik Melayu bertemakan arranged marriage.

Genre Novel Love & You

Novel Romantik Melayu, Kahwin Tanpa Cinta, Arranged Marriage, Cinta Selepas Nikah, Drama Keluarga, Fiksyen Melayu.

Novel Berkaitan Lollysnow

  • Love & You
  • SHE
  • Moonlight
  • Benci Kurindu
  • Novel romantik Melayu
PenulisLollysnow
GenreRomantik Melayu
PenerbitFajar Pakeer
BahasaBahasa Melayu
Tahun Terbitan2025

Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.


Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.


Lihat semua novel Fajar Pakeer di sini

Write a review

Jagaan Jibrail Asyraaf Hazen Terbitan Mei 2025

Penulis : Asyraaf Hazen