International shipping Secure payment
Mi Diosa ialah novel romantik Melayu karya Hudanajwa yang mengisahkan Kendall Melantha, gadis yang hidup dalam cengkaman obsesi Evian Lewinser. Kehadiran Kevin Kyle memberi harapan untuk bebas, namun mampukah Kendall melepaskan diri daripada sangkar emas yang membelenggu hidupnya selama ini?
Mi Diosa merupakan novel romantik Melayu karya Hudanajwa yang sarat dengan elemen obsesi, misteri, emosi dan perjuangan untuk mendapatkan kebebasan. Novel ini membawa kisah Kendall Melantha yang terpaksa hidup di bawah jagaan abang sepupunya sendiri selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa.
Di sebalik kehidupan yang kelihatan sempurna, Kendall sebenarnya terperangkap dalam sangkar emas yang dibina oleh seorang lelaki yang terlalu obses terhadap dirinya. Kehadiran Kevin Kyle membuka peluang untuknya melarikan diri daripada kehidupan yang menyesakkan itu.
Novel ini sesuai untuk pembaca yang menggemari kisah dark romance, possessive hero, konflik emosi dan jalan cerita yang penuh ketegangan.
Membesar tanpa seorang ibu sudah cukup menyedihkan buat Kendall Melantha. Dan ketika masih di alam persekolahan, dia kehilangan seorang bapa pula.
Kehidupannya bertukar rentak apabila hak penjagaannya diberikan kepada keluarga abang sepupunya.
"We've met again, Kendall." - EVIAN LEWINSER
Ada satu perkara yang Kendall takuti dari abang sepupunya itu. Evian, terlalu obses akan dirinya. Lelaki itu sanggup melakukan apa saja untuk menjauhkan dirinya dari lelaki lain.
"I hate you, Evian. I hate you so much that I hope one day you will die a horrible death." - KENDALL MELANTHA
Kendall hampir berputus asa apabila sedar yang dia tidak akan pernah terlepas dari genggaman Evian. Hampir seluruh masa hidupnya dihabiskan di dalam rumah Evian. Dia ibarat seekor burung yang dikurung di dalam sangkar emas. Dia juga ingin terbang bebas seperti orang lain.
Pertemuannya dengan Kevin di satu majlis telah memberi peluang buat Kendall lepas dari cengkaman Evian.
"Why did you help me?" - KENDALL MELANTHA
"Just... because I want to?" - KEVIN KYLE
Dapatkah Kevin membantu Kendall keluar dari sangkar emas ciptaan Evian atau semuanya hanya akan berakhir dengan kehampaan?
Novel Romantik Melayu, Dark Romance, Novel Misteri, Novel Psikologi, Novel Kontemporari Melayu.
| Penulis | Hudanajwa |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Idea Kreatif |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2024 |
Idea Kreatif merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.
Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Idea Kreatif secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.