Reduced price! New Kaulah Permaisuri Expand

Kaulah Permaisuri

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Farah Bahazelan

More details

RM27.55

RM29.00

-5%

Tajuk : Kaulah Permaisuri
Penulis : Farah Bahazelan
Harga : RM29.00
ISBN : 9789838220910

Sinopsis
“Langkah yang dimulakan kerana dendam takkan bawa awak ke mana-mana. Malah, akan menjerat diri awak sendiri.” - UWAIS DZIKRAL

Jerat diri sendiri? Ingin sahaja Rana ludah ke muka lelaki gua ini. Hell no! Jerat ini dia yang rancang. Dia mastermindnya! Lelaki ini hanya hamba untuk merealisasikan apa
yang dia mahu.

Uwais tidak menarik di matanya... Dengan wajah berjambang, ditambah pulak pakej muka bengis seperti Hulk… satu kampung menganggap lelaki ini gila dan menakutkan.
Sungguh dia merasakan tinggal di rumah hantu lebih baik daripada tinggal di rumah Uwais yang dirasakannya seperti berpuaka.

Ternyata, Uwais tidak seperti yang dia sangkakan. Malah, dalam keadaan serba kekurangan, Rana mampu diangkat sebagai permaisuri sedangkan selama ini lelaki itu
dianggap sebagai hamba untuk dia kembali kepada Saif.
Saat lara dicengkam dendam, lelaki itu mampu meredam kebenciannya.

Ketenangan Uwais memang boleh membunuh jiwanya.
Namun, ada harga yang perlu mereka bayar demi secebis bahagia. Haruskah dia terus menjadi sasaran dendam Saif? Dapatkah Uwais terus menjadi pelindung Rana andai
tiada lagi percaya antara mereka?

“Saya bukan lagi Rana yang awak mahu lindungi sepenuh hati. Saya bukan lagi Rana yang awak fahami setiap detak rasa.” – RANA ARDINI

Andai ditakdirkan sujudnya tidak lagi berimamkan Uwais namun, kiblat mereka tetap sama. Kendati kelak dia terus terpisah jauh dari cinta, Yang Maha Penyayang tetap dekat
dengannya.

Write a review

Cik Delivery

Penulis : Dyadila