Reduced price! Tinggal Satu Bintang Oleh Acik Lana Expand

Tinggal Satu Bintang Oleh Acik Lana

Booku

FP

New

Tinggal Satu Bintang karya Acik Lana ialah novel romantik misteri yang mengisahkan Tengku Bakti yang dihantui dendam masa silam serta Seri yang terheret ke dalam dunia penuh misteri, pengorbanan dan perjuangan menentang kuasa gelap.

More details

Untuk pembaca yang sukakan novel romantik misteri, paranormal romance, gangguan supernatural, hero alfa dan kisah cinta yang dipenuhi pengorbanan serta rahsia gelap.

RM29.58

RM34.00

-13%

Tinggal Satu Bintang Oleh Acik Lana

Tinggal Satu Bintang ialah novel romantik misteri karya Acik Lana yang menggabungkan elemen cinta, konflik jiwa, gangguan misteri dan perjalanan mencari cahaya dalam kehidupan yang semakin gelap.

Novel ini membawa pembaca menyelami kisah Tengku Bakti yang berdepan pembalasan akibat kesilapan masa lalu serta kehadiran Seri yang mengubah perjalanan hidupnya dengan cara yang tidak pernah disangka.

Sinopsis Novel Tinggal Satu Bintang

Tengku Bakti seorang yang memiliki pakej lengkap dalam hidupnya. Segak, kaya raya dan berjaya. Namun kebaikan tersebut menjadikan dia manusia yang megah dan sombong. Maka hiburan dunia telah menjadi 'makanan' harian untuknya. Berpoya-poya dan berpesta tanpa pernah memikirkan dosa pahala. Dia enjoy begini!

Namun satu peristiwa ngeri yang berlaku membuatkan Tengku Bakti tersentak. Hidupnya mula tunggang langgang, berpusing seratus lapan puluh darjah. Ternyata dia bukan lagi lelaki sempurna yang dulu! Dihimpit kesengsaraan akibat dendam dari hati yang dia pernah hancurkan, Tengku Bakti separuh mati menanggung pembalasan.

“Memang kau orangnya. Kau yang muncul dalam mimpi aku setiap malam. Dasar perempuan sihir. Kau memang nak buat aku mati!” – Tengku Bakti

Terheret ke dalam dunia misteri Tengku Bakti, Seri tersekat dengan permainan takdir yang amat mengelirukan. Kenapa dia? Sedangkan mereka sangat berbeza dari segala segi.

Namun tatkala jurang besar itu bercantum sehingga sering menemukan mereka berdua, masing-masing tertanya apa hikmahnya? Bagaimana Seri boleh 'termasuk' ke dalam dunia penuh mengerikan yang didiami Tengku Bakti? Untuk apa? Demi siapa?

“Saya dah cuba sedaya upaya untuk halang makhluk tu dari terus makan Tengku. Tapi ini yang saya dapat? Dituduh sebagai tuan makhluk tu pulak?” – Seri

Pertemuan, pertolongan, perlindungan dan perhatian menjadi rencah dalam hubungan Tengku Bakti bersama Seri.

Mampukah sengsara angkara iblis dan syaitan ditamatkan bersama?

Dan sejauh mana pengorbanan Seri yang polos dihargai oleh lelaki buaya darat seperti Tengku Bakti?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Kisah romantik misteri yang penuh debaran dan emosi.
  • Gabungan elemen cinta, dendam, takdir dan supernatural.
  • Watak hero yang mengalami kejatuhan dan perubahan hidup yang besar.
  • Konflik misteri yang membuatkan pembaca terus tertanya-tanya.
  • Karya Acik Lana yang sarat dengan emosi dan pengorbanan.

Genre Novel Tinggal Satu Bintang

Romantik Misteri, Paranormal Romance, Supernatural Fiction, Urban Fantasy, Drama Emosi, Novel Melayu.

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Novel romantik misteri Melayu.
  • Kisah cinta yang dipenuhi unsur supernatural.
  • Konflik antara manusia dan kuasa gelap.
  • Hero alfa yang berdepan kejatuhan hidup.
  • Peminat novel-novel Acik Lana.

Novel Berkaitan

  • Kekasih Khayalan
  • Dancing With Your Ghost
  • 30 Hari Yang Selamanya
  • Novel Acik Lana
  • Novel paranormal romance Melayu
PenulisAcik Lana
GenreRomantik Misteri
PenerbitBooku
BahasaBahasa Melayu
Tahun Terbitan2021

Booku merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Booku dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.


Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.


Lihat semua novel Booku di sini

Write a review

The Witness

Penulis : Suhailah Selamat