Reduced price! New Dia Cinderella Amanda Expand

Dia Cinderella Amanda

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

Suara Hati

New

Penulis : Emma Zara

More details

RM24.30

RM27.00

-10%

Tajuk : Dia Cinderella Amanda
Penulis : Emma Zara
Harga : RM27.00
ISBN : 9789672300304
Mukasurat : 582

Sinopsis
Lima belas tahun di New York, Aireen Amanda akhirnya pulang ke Malaysia untuk menagih kasih ibu bapa kandungnya yang telah lama membuangnya sejak daripada kecil.

Tiba di Malaysia, sekali lagi Aireen didajalkan oleh kakak angkatnya, Maisarah. Kerana Maisarah, penampilan dan wajahnya yang cantik sudah tidak ubah lagi seperti seorang gadis gothic. Aireen semakin dibenci.

Zhariff Iskandar…. Lelaki yang paling digeruni Aireen sejak di New York lagi apabila Aireen tidak sengaja memalukan Zhariff di sebuah parti. Namun siapa sangka, lelaki itulah bakal suaminya nanti?

“Bagitau I Zhariff, siapa perempuan yang you cari tu!” - Maisarah

“I cari perempuan tu sebab I berdendam dengan dia! Sebab dia dah malukan I depan orang ramai. Sekarang puas hati you?!” – Zhariff

Walhal, Zhariff tidak pernah berdendam dengan gadis bernama Amanda itu. Cuma sekadar ingin mengembalikan gelang tangannya yang tercicir di parti sahaja.

Namun, kata-kata itu membuatkan Aireen semakin gerun dengan lelaki itu. Aireen terpaksa berpura-pura menjadi gadis gothic supaya Zhariff tidak mengenali wajahnya yang sebenar.

“Muka dah macam hantu!” - Zhariff

“Woi mamat! Mulut kau tu tolong jaga sikit. Nanti tak pasal-pasal aku tendang kau dari rumah ni.” - Aireen

Bertelingkah mulut sudah menjadi makanan harian mereka. Namun tatkala cinta sudah berputik, ada pula halangan yang mencemburui mereka. Angkara Naufal dan Nasya, Aireen yang tidak bersalah akhirnya digantung tidak bertali! Aireen semakin menderita.

Dapatkah salah faham antara mereka akan terlerai? Sedarkah Zhariff bahawa Cinderella Amanda yang dicarinya selama ini ialah isterinya sendiri?

Suara Hati Publication

Write a review

Calon Isteri Buat Suami

Penulis : Sophilea