Reduced price! New Hanya Ikhlas Untuk Kamu Expand

Hanya Ikhlas Untuk Kamu

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Bella H.

More details

RM24.30

RM27.00

-10%

Tajuk : Hanya Ikhlas Untuk Kamu
Penulis : Bella H.
Harga : RM27.00
ISBN : 978-983-822-103-0

Sinopsis
Kalau mahu mengenal cinta, harus berkenalan dengan sakit hati…

Ya, aku sakit hati, tapi aku sanggup buat apa saja asalkan dia sedar kewujudan aku. Panggillah aku perempuan tak tahu malu, terdesak dan tak sedar diri, aku tidak akan berganjak dan mengalah – AISYA

Berjuta misi Aisya lancarkan untuk memikat Zill De Leon

 Tampal lolipop pada lokar
 Bagi pick up line yang diinspirasikan oleh Sepahtu
 Tepis semua langau yang mahu menghinggap

Tapi, kenapa semua tak jalan ya? Hati Zill ni dimangga pakai apa, sampai pelbagai misi yang Aisya buat tak jadi?!

“If you can't act your age then you should at least try to measure your shoe size. From now on, aku tak nak tengok kau tergedik-gedik depan aku lagi.” – ZILL DE LEON

Hinaan halus daripada jejaka kesayangannya buat Aisya menangis. Kebekuan lelaki itu benar-benar mampu membunuh usaha dan mencalar jiwa.

Mengejar Zill selama ini adalah kebodohan yang dia cipta sendiri. Benar, cinta bertepuk sebelah tangan itu memang wujud.

Sudahlah… dia penat, dia benci, dia move on. TITIK.

Selepas enam tahun, mereka bertemu semula. Tetapi Zill sudah tidak mengenali Aisya…

Apakah misinya akan tetap diteruskan untuk memikat Zill?

Masih kuatkah pegangan Aisya setelah berkali-kali dirinya ditampar dengan sindiran yang mula menyedarkan dia supaya bertapak di bumi yang nyata?

Ada indah yang selalu diingat tentang kamu.
Ada air mata yang selalu bertapa kerana kamu.
Namun, jika menjauh mampu menenangkan segala-galanya, kenapa bukan pengakhiran itu saja yang diambil sejak dulu?

Write a review

Benar Kucinta Dia

Penulis : Amyra Aimi