Reduced price! New Cuma Setahun Expand

Cuma Setahun

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

Suara Hati

New

Penulis : Wazura Ramly

More details

RM25.65

RM27.00

-5%

Tajuk : Cuma Setahun
Penulis : Wazura Ramly
Harga : RM27.00
ISBN : 9789672300267

Sinopsis
Mereka dari dunia yang berbeza, ibarat langit dan bumi! Si jejaka dari dunia bergemerlapan, popular, glamor dan digilai ramai. Si gadis pula dari dunia pendidikan, cendekiawan, glamor dalam kelompok tersendiri. Tidak diduga dan tidak dirancang, pertemuan ini telah mengikat kedua-duanya.

Felix Iskandar... kariernya berada di kemuncak, segala-galanya tersusun rapi. Perancangannya tidak pernah tersasar tetapi, kenapa kali ini dia lari dari agendanya? Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan bukan boleh diatur dengan sesiapa sahaja. Perkahwinan adalah keputusan seumur hidup. Namun begitu, kenapa dia boleh terikat?

Wirdani... gadis berpendidikan, berdikari dan hidup bersendirian menjadikan dia kental. Cita-citanya tinggi ingin mencapai pelangi dan pergi lebih jauh meninggalkan memori silam yang pahit untuk dikenang. Namun, dia berada di tempat yang salah dan waktu yang salah. Dia terperangkap oleh keadaan. Tegarkah dia melalui ikatan perkahwinan kali kedua? Situasi yang berbeza namun, pengakhirannya hampir sama!

Namun, penyatuan ini cuma setahun. Cuma setahun? Benarkah ikatan yang terjerat ini hanya setahun? Perkahwinan tidak ada dalam perancangan hidup mereka. Tidak pernah ada! Itu adalah perancangan terakhir untuk difikirkan setelah semua impian tercapai. Sumpahan apakah ini?

Suara Hati Publication

Write a review

Dia Yang Kumahu

Penulis : Ilyana Hani