Reduced price! New Bosku Diktator Expand

Bosku Diktator

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

Suara Hati

New

Penulis : Cahaya Ainn

More details

RM28.50

RM30.00

-5%

Tajuk : Bosku Diktator
Penulis : Cahaya Ainn
Harga : RM30.00
ISBN : 9789672300243

Sinopsis
Syed Faeq; cukup dikenali sebagai lelaki berpoket tebal dan sering bertukar-tukar pasangan. Baginya, kenapa dia perlu setia dengan seorang perempuan sedangkan masih ramai lagi gadis cantik dan seksi yang boleh dia dapat dalam sekelip mata. Namun, entah kenapa dia mula merasakan ‘sesuatu’ terhadap pemandunya walaupun dia sedar yang pemandunya itu seorang lelaki! Adakah dia sudah punya perasaan terhadap pemandunya itu? Adakah ini balasan Tuhan kepadanya kerana sering mempermain-mainkan perasaan perempuan?

“Your hand is so... soft... like a... baby.”-Faeq

“Ya ke? Terima kasih. Saya selalu errr... sapu losyen.”-Shamsuria

“Ya ke? Ingatkan perempuan aje yang sibuk nak jaga kecantikan kulit. Tak sangka kau pun sama. Jangan-jangan...”-Faeq

Shamsuria; gadis yang gemar berpenampilan ringkas sehingga ramai menyangkakan yang dirinya seorang lelaki termasuk bos diktatornya, Faeq. Namun, selama mana dia mampu menyembunyikan hakikat yang dirinya seorang perempuan?

“Saya tak pernah tipu Tuan Syed pun selama ini…. Saya... tak pernah cakap pun yang saya ni lelaki.” – Shamsuria

Shamsuria yang terdesak, akhirnya menjebakkan dirinya menjadi ‘kekasih palsu’ Faeq. Bermula dari itu, akhirnya mereka saling jatuh cinta. Namun, semuanya tidak semudah yang disangkakan. Faeq tiba-tiba membawa diri jauh ke UK sehingga memaksa Shamsuria turut menjejakinya di sana.

“Saya berada di sini sebab awak, Faeq. Sebab saya sayang....” ~ Shamsuria

“Awak akan menyesal kalau masih punya perasaan tersebut untuk orang macam saya.” ~ Faeq.

Mampukah Shamsuria merebut kembali hati Faeq sedangkan lelaki itu sudah bertekad mahu melepaskan dirinya?

Suara Hati Publication

Write a review

Bosku Diktator

Bosku Diktator

Penulis : Cahaya Ainn