International shipping Secure payment
Mencari Sempurna ialah novel romantik karya Ella Affandy yang mengisahkan Noura dan Harraz, dua insan yang dipertemukan melalui blind date sebelum dipisahkan oleh takdir. Sebuah kisah cinta, kehilangan dan peluang kedua yang menyentuh hati.
Untuk pembaca yang sukakan novel cinta kedua, blind date, salah faham dalam percintaan, pertemuan semula selepas perpisahan dan kisah romantik yang penuh emosi serta pengorbanan.
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Mencari Sempurna merupakan novel romantik karya Ella Affandy yang mengangkat kisah cinta penuh emosi antara dua insan yang dipertemukan oleh takdir tetapi dipisahkan oleh salah faham dan ujian kehidupan.
Bermula dengan sebuah blind date yang tidak dirancang, Noura dan Harraz perlahan-lahan menemukan kebahagiaan yang selama ini dicari. Namun ketika cinta mula berputik, badai melanda dan memisahkan mereka dalam keadaan yang penuh tanda tanya.
Tahun demi tahun berlalu. Apabila mereka bertemu semula di Jepun, Noura menyangka Harraz telah membina kehidupan baru bersama wanita lain. Namun benarkah apa yang dilihat oleh matanya? Atau masih ada rahsia yang belum terungkai di sebalik perpisahan mereka?
Nyaris berkahwin dengan suami orang buatkan Noura didesak si abang untuk hadiri blind date. Konon untuk menutup aib keluarga. Konon supaya dia tak buat hal lagi.
Demi si ibu, Noura ikutkan saja kemahuan si abang.
“I tahu nama you. I datang sebab nama you juga.” - Harraz
“You ni betul ke blind date I.” - Noura
Rupanya, blind date yang diatur itu adalah Harraz, lelaki yang sering Noura jumpa di dalam kafe dan di lif bangunan pejabat tempat dia bekerja.
Bertentang mata dan berada dekat dengan Harraz buatkan hati Noura jadi huru hara.
“Jangan jatuh cinta dengan I, Noura.” - Harraz
Namun kata-kata telah musnahkan rama-rama yang mengepak riang di perut Noura. Memang betul-betul anti klimaks!
Pun begitu, pertemuan itu bukanlah yang terakhir buat mereka. Dalam diam, ada rasa indah mula menghuni hati masing-masing.
“Bukan setakat 500 ringgit, Noura. Demi maruah you, I sanggup jadikan nyawa I sebagai galang ganti.” - Harraz
“Murah sangat ke nilai I di mata you?” - Noura
“Nilai you terlalu tinggi, Noura. Tapi untuk lelaki macam Haris, itu dah cukup untuk I halau dia daripada life you.” - Harraz
Siapa sangka, bahagia mereka hanya seketika. Baru menyulam bahagia, badai datang menyapu segala impian.
Bertahun terpisah, Noura bertemu kembali dengan Harraz di Jepun. Namun, apa yang terlihat oleh mata Noura sangat menyakitkan. Hatinya retak seribu.
“Kehidupan memang begitu, Noura. Seseorang datang dan pergi, itu lumrah.” - Harraz
“Sama macam you tinggalkan I ketika I tak sedarkan diri dan you bina keluarga sendiri tanpa rasa bersalah.” - Noura
Benarkah wanita dan si anak kecil yang Noura lihat bersama Harraz adalah keluarga milik lelaki itu?
Sebenarnya, dia dan Harraz terpisah atau dipisahkan?
Romantik, Contemporary Romance, Second Chance Romance, Drama Cinta, Family Drama, Emotional Romance, Fiksyen Romantik Malaysia.
| Penulis | Ella Affandy |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Idea Kreatif |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2026 |
Idea Kreatif merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.
Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Idea Kreatif secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.