International shipping Secure payment
Destiny ialah novel romantik karya MissLiluna yang mengisahkan hubungan palsu antara seorang kapten bola sepak terkenal dan kapten juruterbang yang keras kepala. Perjanjian yang bermula tanpa perasaan akhirnya mengubah segalanya apabila cinta mula hadir tanpa diduga.
Destiny merupakan novel romantik moden karya MissLiluna yang menggabungkan elemen fake relationship, enemies to lovers dan cinta yang dipenuhi ego serta salah faham.
Zayn Chester merupakan kapten bola sepak terkenal yang disegani ramai, manakala Hazi Marilyn ialah seorang kapten juruterbang yang bakal mewarisi empayar penerbangan keluarganya. Pertemuan mereka yang bermula dengan satu perjanjian palsu akhirnya membawa kepada hubungan yang jauh lebih rumit daripada yang disangka.
Dengan dialog yang menghiburkan, konflik emosi yang kuat dan kisah cinta yang berkembang perlahan-lahan, novel ini sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah romantik moden yang penuh chemistry dan ketegangan emosi.
Zayn Chester - Seorang kapten bola sepak kelab Thunderhawks yang terkenal dan berjaya. Dia sentiasa tegas dan bertanggungjawab. Di mata dunia, dia seorang yang sempurna dan tiada kelemahan.
Hazi Marilyn - Seorang kapten juruterbang yang egois dan keras kepala. Dia akan mewarisi legasi keluarganya sebagai CEO Royal Sky Airlines. Tapi, bersyarat...
Tanpa diduga, satu insiden yang berlaku menyebabkan berita palsu melibatkan mereka berdua tersebar di serata dunia. Satu kebetulan yang tak terduga, Hazi memilih Zayn untuk berlakon menjadi teman lelakinya bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh datuknya.
“Fake boyfriend?” - Zayn
“Untuk pengetahuan, kau bukan orang pertama dalam senarai aku.” - Hazi
“Dan kau rasa aku akan setuju begitu sahaja?” - Zayn
“Kau bukan buat kerja amal. I pay you.” - Hazi
“Sadly, I'm a footballer, not an actor.” - Zayn
Pertikaian berlaku tapi akhirnya mereka mencapai kata setuju. Namun ego masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain.
“You think you're special to me? Not even a bit.” - Hazi
“Kau pilih aku berbanding semua lelaki yang dekati kau. Boleh kau jelaskan?” - Zayn
“Cukup, Zayn. Aku penat.” - Hazi
“Penat dengan aku? Atau penat dengan perasaan kau yang kau sendiri takut nak hadap?” - Zayn
Mengelak dan menjunjung ego masing-masing, akhirnya perpisahan menjadi pilihan. Pun begitu, cinta yang sudah lama tumbuh tak pernah mati.
Persoalannya, bolehkah cinta yang dipendam itu mengalahkan ego sendiri? Mungkinkah akan ada ruang untuk mereka kembali bersama?
Romantik, Contemporary Romance, Fake Relationship, Enemies To Lovers, Sports Romance, Chick Lit, Fiksyen Romantik Malaysia.
| Penulis | MissLiluna |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Idea Kreatif |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2026 |
Idea Kreatif merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.
Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Idea Kreatif secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.