Reduced price! New Mi Veneno Vol. 2 Oleh Hudanajwa Expand

Mi Veneno Vol. 2 Oleh Hudanajwa

Idea Kreatif Idea Kreatif

CN

New

Mi Veneno Vol. 2 merupakan sambungan kisah Tengku Aadyan Ruiz dan Thea Radea. Kehadiran personaliti ACE yang dingin dan penuh amarah mengubah segalanya apabila pengkhianatan, penyesalan dan konflik rumah tangga mula menguji cinta mereka hingga ke batas terakhir.

More details

This product is no longer in stock

RM24.70

RM26.00

-5%

Mi Veneno Vol. 2 Oleh Hudanajwa

Mi Veneno Vol. 2 merupakan sambungan kepada siri popular Mi Veneno karya Hudanajwa. Novel ini membawa pembaca menyelami konflik rumah tangga, pengkhianatan, penyesalan dan perjuangan cinta antara Tengku Aadyan Ruiz dan Thea Radea.

Kali ini, kemunculan ACE yang merupakan sisi lain dalam diri Tengku Aadyan mengubah keseluruhan perjalanan hidup mereka. Watak yang lebih dingin, tegas dan sukar dijangka menjadikan kisah ini lebih mendebarkan dan penuh emosi.

Sesuai untuk peminat novel romantik Melayu yang gemarkan konflik berat, watak hero alpha, drama rumah tangga dan perkembangan emosi yang mendalam.

Sinopsis Novel Mi Veneno Vol. 2

Dua jiwa yang hidup di dalam satu tubuh, Tengku Aaydan Ruiz atau nama gelarannya ACE. Aura membunuh dan sikap dingin melebihi bapanya telah membuatkan dia sangat ditakuti oleh semua orang.

Tengku Aadyan mempunyai personaliti yang lebih pendiam dan penyabar tetapi ACE pula mempunyai personaliti yang berlawanan. Orang yang sama tapi mempunyai dua personaliti berbeza. Hanya satu persamaan mereka, bencikan pengkhianatan.

Thea Radea yang semakin menjadi-jadi dan Tengku Aadyan pula yang terlalu berlembut dengan isterinya, membuatkan Ace muncul untuk memberi pengajaran kepada wanita itu.

“Dia tinggikan suara pada aku. Dia benci aku, Nisa.” – Thea Radea.
“He's Ace, Thea. Not Aadyan. Dia macam kifarah buat kau. Dan hanya akan keluar apabila Aadyan betul-betul terluka atau give up.” - Tengku Dennisa

Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan keselesaan dan kesenangannya membuatkan Thea menjadi seorang yang narsistik. Akibat dari sikap yang terlalu dimanjakan oleh keluarganya membuatkan Thea merasa dirinya sentiasa betul dan sombong dengan apa yang dia ada.

Kehadiran Ace menakutkan Thea. Tiada lagi suami yang sentiasa berlembut dengannya, yang ada hanyalah suami yang dingin dan sentiasa sinis apabila berbicara.

"Abang, boleh tak bagi Thea peluang untuk tebus balik semua kesalahan Thea?" - Thea Radea
"Tak tercalar ke maruah kau merayu kepada lelaki tak guna macam aku ni? Lelaki yang kau katakan pembawa sial, jantan dayus, pembawa anak haram dan macam-macam lagi." – ACE

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Sambungan rasmi kepada Mi Veneno Vol. 1.
  • Konflik rumah tangga yang lebih berat dan emosional.
  • Watak ACE yang misteri, dingin dan sukar dijangka.
  • Kisah penyesalan, pengkhianatan dan peluang kedua dalam cinta.
  • Jalan cerita penuh emosi yang membuat pembaca sukar berhenti membaca.

Genre Novel Mi Veneno Vol. 2

Novel Romantik Melayu, Novel Drama Rumah Tangga, Novel Konflik Cinta, Novel Keluarga Elit, Novel Kontemporari Melayu.

Novel Berkaitan Hudanajwa

  • Mi Veneno Vol. 1
  • Mi Esposa
  • Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure
PenulisHudanajwa
GenreRomantik Melayu
PenerbitIdea Kreatif
BahasaBahasa Melayu
Tahun Terbitan2024

Idea Kreatif merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.


Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Idea Kreatif secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.


Lihat semua novel Idea Kreatif di sini

Write a review

Mi Veneno Vol. 2 Oleh Hudanajwa

Mi Veneno Vol. 2 Oleh Hudanajwa

Mi Veneno Vol. 2 merupakan sambungan kisah Tengku Aadyan Ruiz dan Thea Radea. Kehadiran personaliti ACE yang dingin dan penuh amarah mengubah segalanya apabila pengkhianatan, penyesalan dan konflik rumah tangga mula menguji cinta mereka hingga ke batas terakhir.