International shipping Secure payment
Ceritera Novela: Peach menghimpunkan tiga kisah cinta romantik yang manis dan menyentuh hati. Tentang pertemuan semula, cinta pertama yang tidak pernah pudar dan seseorang yang memilih untuk tetap tinggal saat dunia terasa paling rapuh.
Untuk pembaca yang sukakan novel romantik manis, kisah cinta kedua, pertemuan semula, sahabat menjadi cinta, watak hero penyayang dan konflik hubungan yang penuh emosi serta kehangatan.
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Ceritera Novela: Peach merupakan koleksi tiga novela romantik hasil karya Moonjni, Waniel dan Delilanatasha yang menyajikan kisah cinta penuh kehangatan, kesetiaan dan harapan.
Seperti warna peach yang lembut dan menenangkan, setiap cerita dalam naskhah ini membawa perjalanan emosi yang berbeza. Ada cinta yang kembali selepas bertahun terpisah, ada persahabatan yang berkembang menjadi perasaan yang lebih mendalam, dan ada juga cinta yang memilih untuk kekal tinggal walaupun kehidupan tidak sentiasa berpihak kepada mereka.
Dengan gaya penceritaan yang ringan tetapi menyentuh hati, Ceritera Novela: Peach sesuai untuk pembaca yang menggemari kisah cinta manis, hubungan yang matang dan watak-watak yang meninggalkan kesan mendalam.
Pearl, bukan sekadar manis pada warna, tetapi menyapa hati yang perlahan belajar tentang cinta, di dalam tenang yang sederhana. Semesta ini adalah kanvas agung, diwarnai pelbagai rona yang berdansa. Setiap warna adalah bahasa jiwa, menceritakan rasa tanpa suara. Tetapi ini bukan sekadar tentang warna.
MOONJNI – TITIK TERMANIS
‘’Sedekad untuk menjauh, sesaat untuk kembali.”
Ada getar yang tidak pernah berubah, ternyata, ingatan indah itu tidak pernah benar-benar pergi.
"Boleh aku jawab luahan perasaan kau pada aku dulu?"— Amirul Dhaffa
Takdir mempunyai cara yang paling manis untuk mempertemukan semula dua jiwa yang pernah saling mendoakan dalam diam.
“Kalau tunggu selamanya masih sabar tak?" - Dhia Adlina
Kelembutan di matamu, senyumanmu yang termanis, dan cara lembutmu memandang dunia, saya jatuh cinta pada setiap hal kecil tentangmu.
WANIEL – TETAP YANG PERTAMA
Bahasa dan cara mencintai setiap orang itu berbeza, baik cara mereka menzahirkan mahupun menerima.
“Anggun Hartini. Kau tetap yang pertama dalam hidup dan hati aku.” - Ahmad Kahlil
Siapa sangka, persahabatan yang terbina antara Kahlil dan Hartini itu bertunas menjadi bunga cinta. Namun, hubungan mana yang tidak dilanda badai dan diuji.
"Aku tak nak kita noktahkan sampai sini. We may put a comma in this relationship, not a full stop.” - Anggun Hartini
Tatkala kepercayaan yang diberi dikhianati, gadis itu terasa semakin jauh untuk digapai.
“Kau sempurna dan cukup untuk aku. Aku tak nak yang lain dah.”
DELILANATASHA – YANG MEMILIH UNTUK TINGGAL
Kadangkala cinta tidak datang untuk menghapuskan kesedihan. Kadangkala cinta hanya datang untuk tinggal.
Safar Arabella tidak pernah menyangka satu blind date yang gagal akan mempertemukan dia semula dengan lelaki yang sama lapan tahun kemudian. Bukan dengan janji besar. Bukan dengan kata-kata yang memaksa.
“Kalau satu hari nanti saya… susahkan awak?”—SAFAR ARABELLA
“Saya tak datang pada awak sebab nak senang, Far. Saya datang sebab saya pilih awak.”—ARDAN SHAH
Ketika kehidupan menuntut Safar melepaskan seseorang yang paling dia cintai. Ardan tetap berada di sisi—diam, sabar, dan setia.
“Kalau saya boleh ambil semua kesedihan awak, saya sanggup bersedih sampai mata saya buta."
Romantik, Contemporary Romance, Cinta Kedua, Friends To Lovers, Reunion Romance, Drama Cinta, Fiksyen Romantik Malaysia.
| Penulis | Moonjni, Waniel & Delilanatasha |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Fajar Pakeer |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2026 |
Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.