International shipping Secure payment
Penulis : Msroses
This product is no longer in stock
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Tajuk : Ternyata Hanya Dia
Penulis : Msroses
Harga : RM35
ISBN : 978967280359
Sinopsis
Tengku Harraz Iskandar - Kisah silam yang dialaminya buatkan dia fobia dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dunianya hanya kerja dan Si Comel Amanda sahaja. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak kecil itu.
"Mommy, can you hug me, peyishh." -Tengku Raisya Amanda
"I'm not your mommy, sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okey?" - Nurina Amani
Nurina Amani - Kisah di alam kanak-kanaknya cukup perit. Lukanya sangat parah. Kerana itu, dia melayan semua anak kecil dengan penuh kasih sayang untuk menutup luka sendiri.
"Tolong jadi mommy pada anak aku. Berapa kau nak, aku sanggup bayar." - Tengku Harraz Iskandar.
"Saya rasa Tengku ni dah gila." - Nurina Amani.
"Look, Cik Nurina. This marriage tak akan melibatkan hati. Aku bayar kau untuk jadi mommy Amanda saja." - Tengku Harraz Iskandar.
Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mereka disatukan tanpa lafaz cinta.
Tapi, mampukah hubungan yang dibina itu dipertahankan tatkala ada yang ingin meruntuhkan?
"Tengku nak saya tolong apa?" - Nurina Amani.
"Can you please lend me your shoulder?" - Tengku Harraz Iskandar.
Mampukah hubungan yang dibina tanpa cinta dan kasih sayang itu bertahan apabila dilanda badai dan dugaan?
Idea Kreatif merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.
Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Idea Kreatif secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.