International shipping Secure payment
Penulis : Aaliyaadni
Tajuk : Nemesis
Penulis : Aaliyaadni
Harga : RM26
ISBN : 9789838221962
Sinopsis
Ikon anak muda yang trauma dengan kisah silamnya, Layla Olivia tidak bersedia untuk menurut arahan ibunya, Nydia supaya memikirkan tentang pasangan hidup.
“Layla, sudah tiba masanya Layla fikirkan tentang kehidupan selain daripada karier Layla. Layla sudah berjaya mencapai cita-cita Layla; tiada apa lagi yang Layla mahu kejari. Sekarang Layla perlu ada seseorang untuk melindungi Layla.” – NYDIA
“Buat masa ini, perkahwinan bukan isu paling utama. Layla boleh sahaja menjadi seperti Rabiatul Adawaiyah.” – LAYLA
Tetapi insiden ketika Nydia jatuh sakit menjadikan Layla lebih bersungguh-sungguh mengenali Qawiyy yang ditemuinya di surau tanpa dirancang.
Qawiyy pula kehidupan profesionalnya tidak ke mana. Dia baru sahaja dapat kerja di syarikat Layla Olivia. Manakan mungkin dia yang menjadi pilihan seorang wanita seperti Layla Olivia. Teman rapatnya, Jeslina seorang pelajar bidang perubatan menangisi kehadiran Layla. Mengharapkan kesetiaan dan budinya dibalas dengan cinta oleh Qawiyy.
“Bagaimana awak boleh tutup mata dengan segala keburukannya sedangkan sebelum ini awak juga bercakap tentang betapa buruknya dan kasarnya perangai betina itu?” - JESLINA
“Dalam percintaan, tidak ada keadilan. Kita mungkin mampu menipu orang lain tapi kita tak mungkin mampu menipu diri sendiri.” – QAWIYY
Bertitik tolak daripada beberapa episod di pejabat mewah Layla Olivia, Qawiyy mulai mengenali tentang wanita yang luarannya kelihatan sempurna. Manakala kejujurannya menggalas tugas, menjadikan Qawiyy sasaran pembunuh. Kini dia terpaksa membuat suatu keputusan drastik.
Apakah benar dalam percintaan tidak ada keadilan? Dan apakah benar cinta tidak semestinya memiliki? Mungkinkah Layla Olivia kunci untuk dia mendapatkan kembali ketenangan hidupnya atau nyawanya bakal melayang?
NEMESIS mengisahkan kehidupan yang berpaksikan keserakahan dalam menggapai impian, persahabatan yang disaluti kepalsuan dan cinta yang tidak kesampaian.