International shipping Secure payment
Penulis : Jeehan
Tajuk : Kematian Bernyawa
Penulis : Jeehan
Harga : RM25
ISBN : 9789838221320
Sinopsis
Pertualangan memburu jasad. Ritual menanti jiwa. Sumpahan iblis melalui patung-patung itu telah membawa permainan terkutuk itu bersemadi selamanya.
Namun, demi seorang sahabat, Kat dengan rela hati berusaha merungkai segala teka-teki yang bersarang di fikirannya.
Vina pula semakin kuat rasa ingin tahu tentang rahsia yang disembunyikan oleh keturunannya.
Nol terjebak dengan misteri yang sedang melilit dua sahabatnya. Pertemuan bertiga telah membongkar rahsia asal keturunan mereka. Walau sudah terpisah dek perubahan masa, tetapi Kat, Vina dan Nol nekad untuk menyudahkan cerita yang tidak selesai beratus tahun dahulu.
"Kamu ni, sudah aku bilang, kita perlu pulang! Untuk mencari keturunanku!" - VINA
“Korang pernah dengar tak pemburu hantu, legenda Melayu. Ala-ala Ven Helsing Melayu lagi.” – NOL
"Kata Mak Mah, jawapannya ada di Perigi Tujuh Puteri Palembang. Kita perlu ke sana." KAT
Dapatkah Vina, Kat dan Nol merungkai misteri sebenar tentang patung ukiran yang hidup itu semua?
Dan apakah hubung kait patung-patung itu dengan keturunan dan riwayat mereka dahulu?
Apa yang sebenarnya patung-patung itu mahukan? Jasad atau Jiwa?
Tidak akan tamat kisah aku selagi keturunanku masih mempunyai roh di dalam nyawanya.
Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.