Reduced price! Innocent Expand

Innocent

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Aeyfa Nasri

More details

RM22.80

RM24.00

-5%

Tajuk : Innocent
Penulis : Aeyfa Nasri
Harga : RM24.00
ISBN : 978-983-822-109-2

Sinopsis
Hidup adalah sebuah misteri. Kutip semua kunci dan cuba buka tanpa ada kesilapan. Jika tidak... GAME OVER - AQRAM

Tanpa sedar, permainan nyawa itu telah meragut hampir seluruh ahli keluarga Imroatul Ain. Dia bagaikan lumpuh untuk meneruskan hidup. Siapa sebenarnya Aqram?

Namun, kehadiran Dzul seolah-olah memberi harapan baru buat Imroatul Ain. Lelaki itulah yang menjadi sumber kekuatan untuk dia meneruskan semua ini dalam menjejaki motif Aqram!

“Dia dikatakan ketua bagi kes ini, tapi masing-masing seakan sengaja berdiam diri. Dah banyak berlaku, tapi orang atasan pun macam sengaja diam.” - DZUL

Satu per satu insiden menimpa diri Imroatul Ain tanpa pengetahuan sesiapa hatta Dzul. Dia takut untuk merasai kehilangan buat sekian kali. Kali ini, biarlah dia terkorban demi insan yang dia sayang.

Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih. Percayalah, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Bila orang buat kau… fight it back with love – IMROATUL AIN

Apa sebenarnya yang manusia durja itu mahu? Persoalan demi persoalan hadir membuat emosi Imroatul Ain terganggu. Sukmanya menjerit inginkan keadilan.

Tampaknya… segalanya terlalu misteri. Segalanya kelam dan mengerikan.

Mungkin dengan kematiannya membuatkan mereka bersorak kepuasan, tetapi dia… Imroatul Ain tidak akan membiarkan sorakan itu terjadi. Permainan jahat itu harus dilumpuhkan.

Write a review

Aphonic

Penulis : Hyun Yunzz