Reduced price! Kenanga Nan Berdarah Expand

Kenanga Nan Berdarah

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Eb Reeza

More details

RM21.85

RM23.00

-5%

Tajuk : Kenanga Nan Berdarah
Penulis : Eb Reeza
Harga : RM23
ISBN : 9789838221153

Sinopsis
Jangan diseru si ‘dia’. Jika diseru si ‘dia’ akan datang melawat. Si ‘dia’ akan menyapa dan seterusnya… si ‘dia’ akan menjelma.

Inilah yang sering dielak oleh pelajar di sekolah Seri Ratu. Mereka langsung tidak mahu si ‘dia’ datang berkunjung ke dorm kerana jika tidak sesuatu yang ngeri akan berlaku.

Seboleh-bolehnya mereka cuba mengelak bertemu kecuali seseorang....

“Kau kan bijaksana, Jojo! Kau carilah sendiri siapa ‘dia’ tu. Maaf kami tak boleh seru nanti dia datang melawat kami pula. Kalau dia dah datang melawat, maka akan terjadilah perkara sebagaimana kau alami kini.” - RAMONA

Jojo seringkali diganggu oleh kelibat gadis-gadis yang berkebaya ketat setiap kali waktu prep habis, sedangkan di sekolah itu memang diharamkan memakai kebaya.

Kau kena lepaskan aku. Kau tidak boleh terus memerangkap aku di dalam tubuhmu. Aku sudah tahu cerita sebenarnya dan aku berjanji akan menolongmu. Tolong lepaskan aku ke zaman aku semula. – JOJO

Dapatkah Jojo merungkaikan misteri Sekolah Seri Ratu yang sering dikunjungi oleh gadis berkebaya merah?

Apa sebenarnya yang gadis itu mahukan daripada Jojo sehingga begitu diminatinya dan sering dikunjungi oleh si ‘dia’?

Tidak akan tamat serpihan dendam, selagi nadiku dihempas luka berdarah hatta jiwaku akan terus mengikat mati.

Write a review

Akad

Penulis : Jules