International shipping Secure payment
30 Hari Yang Selamanya karya Acik Lana mengisahkan Tiyara dan Zayyad yang dipaksa berkahwin walaupun saling membenci. Namun dalam tempoh 30 hari bersama, kebencian perlahan-lahan berubah menjadi cinta yang diuji oleh pengorbanan, kehilangan dan takdir.
Untuk pembaca yang sukakan novel kahwin paksa, enemies to lovers, bodyguard romance, hero green flag, kisah perubahan diri dan cinta yang penuh emosi.
Warning: Last items in stock!
Availability date:
30 Hari Yang Selamanya ialah novel romantik Melayu karya Acik Lana yang mengangkat kisah kahwin paksa antara dua insan yang saling membenci sebelum perlahan-lahan jatuh cinta.
Dengan gabungan elemen enemies to lovers, forced marriage, hero protective dan konflik emosi yang mendalam, novel ini menjadi antara karya yang cukup digemari oleh peminat novel romantik tempatan.
Tiyara si spoiled brat yang keras kepala, hidup dalam dunia yang hanya berpusat pada dirinya semata. Semakin dia membesar, semakin liar perangainya. Berparti, minum arak, bergaul bebas sehingga ibubapa dan datuknya dah mati akal nak 'memanusia'kan dia semula.
Semuanya berubah apabila Tan Sri Haimi yang sudah muak dengan sikap cucunya meminta bantuan Zayyad. Cucu kepada sahabat karibnya yang merupakan seorang bekas bodyguard berpengalaman di Singapura. Zayyad pula terpaksa menerima tawaran tersebut demi masa depan adik-adik dan bakal isterinya.
Tapi siapa sangka? Menjaga Tiyara ternyata jauh lebih sukar daripada mengawal sepuluh ahli politik! Bila si spoiled brat bertemu dengan Mr. 'No Nonsense' Bodyguard, memang huru-hara dunia. Mulut mereka tak pernah berhenti bertengkar, mata pula tak pernah berhenti menjeling benci. Umpama you hate me, I'll hate you even more!
Konon nak singkirkan Zayyad si kaki control, sudahnya rancangan jahat Tiyara menjerat diri sendiri. Bodyguard itu bukan kena pecat, tapi didesak untuk berkahwin dengannya pula. Kegilaan apa ini?? Macam nak pecah dadanya gara-gara terpaksa bernikah dengan lelaki dari ceruk kampung itu.
"I will marry you. And I will make you regret ever crossing my path. Kau akan menyesal!" ~ Zayyad.
Sumpah dan ikrar dendam Zayyad bukan main-main. Namun bila mereka berbulan madu di kampung, dua hati yang saling membenci terikat dalam satu ruang dan masa. Anehnya, perlahan-lahan Tiyara mula nampak sisi Zayyad yang tak pernah dia sangka ada. Tegas tapi gentleman, dingin tapi penuh perhatian, dan diam-diam lelaki itu sebenarnya sangat romantik.
Sedikit demi sedikit, kebencian berubah menjadi getaran halus di hati. Mulut juga sudah letih untuk terus bertengkar sesama sendiri. Namun ujian pertama datang menghempas dua jiwa yang baru hangat menyemai cinta. Allah menguji Tiyara yang baru belajar mencintai dengan keras sekali. Bertubi-tubi. Berkali-kali. Dia dilemahkan oleh rasa tidak cukup dan rasa tidak layak untuk terus berada di samping suaminya.
“Terima kasih untuk tiga puluh hari yang takkan aku lupa. But maybe loving you also means setting you free, Zayyad." ~ Tiyara.
Tiyara pergi membawa luka, tapi kenangan yang mereka cipta selama tiga puluh hari terus membenihkan rindu. Ternyata takdir jarang menulis kisah cinta sesingkat itu. Zayyad masih mencari, dan Tiyara pula masih setia menanti. Cuma bila wujudnya orang ketiga yang sentiasa 'utama' kepada Zayyad, patut atau tidak peluang dihulur sekali lagi kepada si suami? Macam mana kalau hatinya yang dihempas lagi dan lagi?
"My heart, it's already full. And it's full of you, Tiyara. Takkan ada ruang untuk dia dalam hati aku lagi."~ Zayyad.
Romantik, Kahwin Paksa, Enemies To Lovers, Contemporary Romance, Emotional Romance, Second Chance Romance.
| Penulis | Acik Lana |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Booku |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2026 |
Booku merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Booku dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.