Berkisarkan seoarang gadis yang naif berhijrah ke negara asing untuk mengubah nasib keluarga. Membawa seribu harapan ibu dan ayah. Tetapi segalanya musnah gara-gara hanya seorang lelaki yang berdendam akibat perbuatan seorang wanita yang lain terhadap abangnya. Akhirnya menjadikan gadis ini mangsa kerakusan nafsu dan dendam.

Tatkala membaca novel ini air mata sentiasa bergenang mengenangkan nasib gadis ini. Setelah pulang ke Malaysia walaupun membawa harapan yang gembira tpi disebaliknya tersimpan suatu rahsia yang tersemat dan menjadikan ia mimpi ngeri. Tatkala si ibu dan ayah mengetahui rahsia berkenaan betapa hancur luluh hati si ayah anak yang dibesarkan dengn penuh kasih sayang telah menghancurkan harapan dan kebahagiaan yang dibina bersama telah direntap begitu sahaja. Gadis itu dibuang oleh keluarga tnpa kenyataan yang benar.

Pedih dan hancur hati si gadis ini dengan membawa diri ke ibu kota demi menyara hidup dan anak yg dikandungnya. Allah itu maha kuasa. Allah itu maha mengetahui segalaNya. Akhirnya si gadis ini telah bertemu dgn lelaki yg telah merobek maruahnya suatu ketika dulu. Lantas satu persatu rahsia terbongkar membuatkan lelaki ini terduduk menyesal.

Novel ini membuatkan diri ini tersentak seketika. Betapa besarnya pengorbanan seorang ayah n ibu dlm melihat kejayaan anaknya. Tersentuh hati ini tatkala melihat seorang gadis naif yang membesarkn seorang anak tnpa mengetahui angkara siapa. Ketabahan seorang ibu dlm membesarkan anaknya walaupun anak itu tidak sah taraf nya. Novel ini mengajar saya bahawa didikan agama dan nilai-nilai murni perlu dipupuk dlm diri anak2 semenjak dri kecil lgi.

Novel ini banyak pengajaran yang boleh saya dapati seperti dendam itu adalah salah satu perkara yang akan membunuh diri kita sendiri. Kerana dendam nafsu kemarahan menguasai segalanya.

Daripada :

Nur Atikah Amir (Lavender30)