Reduced price! The Kayangan Hazel Expand

The Kayangan Hazel

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

FP

New

Penulis : Elvroseth

More details

RM30.40

RM32.00

-5%

Tajuk : The Kayangan Hazel
Penulis : Elvroseth
Harga : RM32.00
ISBN : 9789672300120

Sinopsis
RAJA LEONARD ISKANDAR... si mata hazel yang dikenali sebagai King di Kolej Alam Cahaya. Juga dikenali sebagai bapak Firaun, kumpulan pembuli nombor satu di sekolah swasta yang berprestij tinggi itu! Tapi... hanya pada orang yang cari pasal dengan mereka sahaja. Sahabat baiknya adalah violin kesayangannya selain Dani, Mikha dan Niall. Gemar menghabiskan masanya berseorangan di ‘Kayangan’, menggesek violin kesayangannya.

TUAN AMAYA CINTA... nama yang indah namun sayang, wajahnya tidaklah seindah namanya. Gagap pula tu! Nasibnya malang kerana sering menjadi mangsa buli di Kolej Alam Cahaya dan diberi gelaran Amaya the Kodoks. Dirinya sering dihina dan dilemparkan dengan kata-kata nista.

Namun, entah mengapa Leo sentiasa mempertahankan Amaya daripada dibuli hingga mencetuskan amarah Sara, Si Wild Cat yang sejak dulu lagi membenci kehadiran Amaya di Kolej Alam Cahaya.

Kehadiran Amaya telah mencetuskan konflik dalam diri Leo. Antara suka dan benci. Antara marah dan dendam. Kemuncaknya, Leo telah menghancurkan Amaya dan meninggalkan memori paling pahit dalam hidup Amaya.

Sepuluh tahun berlalu dan takdir menemukan mereka semula. Amaya kini bukanlah Amaya dulu yang mudah dibuli dan sentiasa berasa rendah diri. Leo pula ingin mendapatkan semula Amaya. Berjayakah Leo?

Suara Hati Publication merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.


Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Suara Hati Publication secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.


Lihat semua novel Suara Hati Publication di sini

Write a review

Novel Dia Tetap Sempurna oleh Anjell Karyaseni

Seorang tukang kayu selekeh yang tiba-tiba berubah menjadi lelaki sempurna. Dari hubungan kekasih jadian di atas kapal persiaran mewah, Dara Nailufar mula mengenali sisi sebenar Eskandar Arasyah. Namun di sebalik kesempurnaan lelaki itu, tersimpan satu rahsia yang mampu mengubah segalanya.