International shipping Secure payment
Seorang tukang kayu selekeh yang tiba-tiba berubah menjadi lelaki sempurna. Dari hubungan kekasih jadian di atas kapal persiaran mewah, Dara Nailufar mula mengenali sisi sebenar Eskandar Arasyah. Namun di sebalik kesempurnaan lelaki itu, tersimpan satu rahsia yang mampu mengubah segalanya.
Penulis: Anjell
ISBN: 9789674691608
Harga: RM32.00
Versi pertama pertemuan mereka, bagi Dara Nailufar tiada apa yang menarik tentang Eskandar Arasyah.
Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. Lelaki itu hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing.
Ya. Dikejar kucing.
Namun versi kedua pertemuan mereka benar-benar berbeza.
Tukang kayu itu kini muncul seperti lelaki sempurna. Kacak, bergaya dan penuh pesona hingga mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.
Daripada sebuah perancangan yang tidak disengajakan, Dara dan Eskandar akhirnya terjebak dalam hubungan kekasih jadian sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah.
“After all, until the cruise ends, I’m all yours, sunshine.” — Eskandar Arasyah
Semakin Dara mengenali Eskandar, semakin dia sedar lelaki itu bukan sekadar tukang kayu biasa. Eskandar memiliki segala-galanya. Kekayaan, rupa dan kehidupan yang sempurna di mata semua orang.
Tetapi di sebalik semua itu, Eskandar menyimpan satu ketidaksempurnaan yang menjadi benteng terbesar dalam hidupnya.
“Aku tak sempurna, Dara.” — Eskandar Arasyah
Bagi Dara, tiada manusia yang benar-benar sempurna di dunia ini. Namun apabila kebenaran sebenar tentang Eskandar terbongkar, mampukah Dara tetap menerima lelaki itu seperti kata-katanya?
Atau ada ketidaksempurnaan yang sukar untuk diterima walaupun hati sudah terlalu dalam mencintai?
| Penulis | Anjell |
| Genre | Romantik Moden |
| Penerbit | Karyaseni |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2020 |
Karyaseni merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.
Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Karyaseni secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.