PENANGGUHAN PENGHANTARAN

Tempahan & bayaran yang dihantar bermula 26 Mac (Selasa) akan ditangguh penghantarannya pada 2 April 2018 (Selasa). Sila rancang tempahan masing-masing.

Klik DI SINI Untuk Diskaun 10% Tambahan

Reduced price! Siapa Diriku Expand

Siapa Diriku

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

Suara Hati Publication

New

Penulis : Hajar Ahmad

More details

RM22.80

RM24.00

-5%

Tajuk : Siapa Diriku
Penulis : Hajar Ahmad
Harga : RM24.00
ISBN : 9789671620984

Sinopsis
Pada zahirnya, hubungan Alia dan Adam sama seperti pasangan suami isteri yang lain. Saling menyayangi dan saling melengkapi. Namun, apa yang tersimpan di hati mereka hanya mereka sendiri yang tahu.

“Kita berdua menderita. Alia tak sedar ke? Kita tak pernah bahagia. We should stop this. Sampai bila kita nak bohong?”- Adam

“Jadi? Abang nak cerai?”- Alia

Kemunculan Q, menyebabkan Alia menjadi keliru. Bukan keliru untuk memilih cinta, tapi dia lebih keliru dengan dirinya sendiri. Kerana bila bersama Adam dia perlu menjadi Alia, seorang yang sempurna dan terbaik demi reputasi Adam. Tapi jika bersama Q, dia akan menjadi Aza, seorang yang aktif, gila dan lebih bebas.

Alia semakin tertekan. Pil antidepressant menjadi penawarnya.

Adam pula menjadi tamak. Dia mahukan syarikat dalam masa yang sama dia tak mahu Alia pergi kepada Q. Ditambah dengan muslihat Jannah, makin menjarakkan lagi hubungan Alia dan Adam.

Alia tau Aza, mana satu pilihan seorang Alia Azalea?

Quzie Holding atau Alia, mana satu pilihan Adam Ziqri akhirnya?

Suara Hati Publication

Write a review

Bukan Yang Terbaik

Penulis : Dyadila