International shipping Secure payment
Bahagia Yang Tertangguh ialah novel romantik Melayu karya Rissa Ahdiya yang mengisahkan Nurin Hana, seorang isteri setia yang dikhianati suami selepas lapan tahun berkorban. Apabila perceraian memisahkan mereka, Hana terpaksa memilih antara menerima semula lelaki yang pernah melukakan hatinya, membuka ruang untuk cinta baharu atau meneruskan hidup sendiri.
Bahagia Yang Tertangguh ialah novel romantik Melayu karya Rissa Ahdiya yang menyentuh realiti kehidupan rumah tangga, pengorbanan seorang isteri, kecurangan, perceraian dan peluang kedua dalam cinta. Kisah ini membawa pembaca menyelami perjalanan seorang wanita yang bangkit semula selepas dikhianati oleh insan yang paling dipercayainya.
Aku akan selalu menjadi bintangmu, pandanglah aku tika rindumu datang bertamu.
Selama lapan tahun, Nurin Hana memendam rasa dan berkorban demi mempertahankan rumah tangganya.
Walaupun sering dibuli oleh keluarga suami dan tidak pernah diberi peluang menikmati kebahagiaan seperti wanita lain, dia tetap bertahan kerana cintanya kepada Zakwan.
Namun setiap kesabaran ada batasnya.
Segalanya berubah apabila satu nama muncul pada telefon bimbit suaminya.
Kak Tipah Kerani yang selama ini disangka sekadar kenalan biasa rupa-rupanya seorang wanita bernama Azrin Sofea.
Kebenaran yang terbongkar merobek seluruh hatinya.
“Kakak mesti tak percaya kan kalau saya beritahu yang Zakwan pernah minta saya bayar sewa rumah ni pada dia? Saya pun tak tahulah fahaman apa yang keluarga akak pegang.”
Kecurangan Zakwan menjadi titik mula kepada keruntuhan rumah tangga yang dibina dengan penuh pengorbanan.
“Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah.”
“Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you.” – Azrin Sofea
Akhirnya talak menjadi hadiah paling menyakitkan buat segala kesetiaan yang pernah diberikan.
Dikhianati dan ditinggalkan membuatkan Hana hampir rebah.
Namun demi anak yang disayangi, dia memilih untuk bangkit dan meneruskan kehidupan.
Sementara itu, Zakwan mula menyedari nilai sebenar seorang isteri yang selama ini sentiasa berada di sisinya.
Penyesalan datang ketika semuanya sudah terlambat.
“Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita.” – Zakwan
Ketika luka lama masih belum sembuh, hadir pula seorang lelaki yang ikhlas ingin membahagiakan Hana.
“Saya sukakan awak Hana. Bukan saja suka, malah saya sayangkan awak. Beri peluang pada saya untuk tinggal dalam hati awak?” – Armin
Kini Hana berada di persimpangan yang sukar.
Adakah dia harus menerima semula Zakwan yang menyesal?
Memberi peluang kepada Armin yang hadir membawa sinar baharu?
Atau memilih untuk hidup sendiri tanpa perlu mempertaruhkan hatinya sekali lagi?
Kerana memberi cinta kepada seseorang sentiasa mempunyai risiko.
Sama ada dilukai atau dicintai sepanjang hayat.
Novel Romantik Melayu, Drama Rumah Tangga, Curang, Peluang Kedua, Kekeluargaan, Wanita Bangkit, Healing Fiction.
| Penulis | Rissa Ahdiya |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Penulisan2u |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2017 |
Penulisan2u merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.
Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Penulisan2u secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.