Reduced price! Isteri Tak Dijangka Expand

Isteri Tak Dijangka

Penulisan2u Penulisan2u

FP

New

Penulis : S. N. Hidayah Haron

More details

RM19.95

RM21.00

-5%

Tajuk : Isteri Tak Dijangka
Penulis : S. N. Hidayah Haron
Harga : RM21.00
ISBN : 9789670567402

Sinopsis
ASMYALIANA ARIFFIN... Dia tidak sangka nasib hidupnya berubah dalam sekelip mata. Terpaksa berdepan dengan ujian, Mya reda  menjadi umi dalam sekelip mata, menjadi isteri tak dijangka. Demi menjaga maruah diri, dia harus mengkhianati dan melukai hati  seseorang.

Atas alasan itu, Mya dan ZALIFF MOHAMMAD disatukan atas ugutan Mya sendiri setelah dirinya dinodai lelaki itu. Biarpun sudah  beristerikan NATRAH yang merupakan kakak angkat baik kepada Mya, pemikiran cetek Zaliff yang berlandaskan nafsu telah  menyebabkan Mya dilanda kegelapan. FAZZY, si kekasih hati Zaliff pula menjadi penambah duka dan lara kepada isteri pertamaNatrah dan Mya isteri kedua.

“Dalam sampul surat ini ada dua barang. Satu barang adalah laporan kesihatan aku dan yang kedua adalah CD rakaman pencerobohankau ke dalam rumah aku. Kau tengok dan kau analisis dulu okey? Lepas itu baru kau buat keputusan sama ada kau nak kritik atau kau  nak aku jadi juri?” – MYA “Kau nak ugut aku?” – ZALIFF

“Aku tak ugut kau, tapi aku cuma nak ingatkan kau. Kalau aku buat laporan polis, agak-agak kau boleh hidup aman macam orang lain  tak? Kau dapat tak kahwin dengan Fazzy?” –MYA

Itu cerita sebelum Zaliff menikahi Mya, selepas kahwin perasaan benci terhadap Zaliff mula menipis dan mula terdetik dalam hati Mya  apabila layanan kasar Zaliff terhadapnya semakin berubah secara perlahan ke arah kebaikan. Namun, Mya sedar siapa dirinya kepada  Zaliff.

“Helo, tak bermakna bila aku minta kau kahwin dengan aku, aku kena ikut semua cakap kau. Hak aku adalah milik aku. Rumah aku tidak ada sesiapa pun boleh masuk sesuka hati kecuali aku.” – MYA

“Aku suami kau. Walau apapun jadi, aku masih tetap suami kau, walaupun kita nikah dekat Songkhla tapi pernikahan kita sah. Aku dah daftar pun pernikahan kita dekat pejabat agama. Kau kena ingat Mya, reda aku sebagai suami syurgalah tempat kau, murka aku sebagai suami, neraka jahanamlah tempat kau. Kau pilih, mana yang kau nak check-in?” – ZALIFF

Menjadi isteri kedua yang tak dijangka? Bersambutkah cinta? Bertautkah jiwa yang selama ini menjadi Tembok Besar China dalam  hatinya? Bagaimanakah pula nasib Natrah yang menderita memendam rasa? Akankah ada penghujung cerita cinta tak dijangka  antara Zaliff dan Mya?

Write a review

Izinkan Aku Jadi Sayapmu

Penulis : Lily Haslina Nasir