Reduced price! Dalam Hati Ada Dia Expand

Dalam Hati Ada Dia

Penulisan2u Penulisan2u

Penulisan2u

New

Penulis : Illa Shanahila

More details

RM21.60

RM24.00

-10%

Tajuk : Dalam Hati Ada Dia?
Penulis : Illa Shanahila
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0567-20-4

Sinopsis
WANDA NURHANNAH. Seorang yang kalut, lurus dan tak capai apa-apa kejayaan yang membanggakan selain mendapat 5A dalam UPSR. Namun dia punya hati... Dia punya perasaan...

Dan dia juga pernah dikecewakan. Akhirnya dia bangkit menjadi Wanda Nurhannah yang baru.

NICK RAYYAN LEE. Dikenali dengan gahnya, disegani dengan kebijaksanaannya dan diidami wanita kerana ketampanannya. Tapi dia juga punya rahsia sendiri. Satu keinginan hati, dia
hanya inginkan yang memahami dan yang tulus menghargai.

Dua sifat, dua insan, dua jiwa ditemukan oleh satu peristiwa dan satukan oleh satu ‘Hati’.

“Ada syiling tak?” - NICK

“Kenapa?” - WANDA

“Nak tukar, boleh?” - NICK

“Nah!” - WANDA

Homai! Hati aku! Hati aku dalam beg syiling tadi! Dia dah terambil hati aku.

Dan bermulalah kisah dua hati. Dua insan yang bertemu kerana satu percaturan, satu takdir.

“Nama siapa?” - NICK

“Senah. Saya nak panggil awak apa ni?” - WANDA

“Panggil saya Dollah!” - NICK

Akhirnya pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Wanda berbunga-bunga dan membuatkan hati wanda memainkan irama kompang setiap kali terpandang wajah Nick... Namun
kehadiran FAHIM memulakan kembali segala sejarah hitam kelabu dalam hidupnya. Fahim yang dulu bukanlah yang sekarang... Begitu juga dengan dirinya... Dulu dia ditolak, kini dia
disayang...

Benarkah karma akan berlaku? Dan, benarkah Dollah yang ada dalam hati Wanda?

Write a review

Cukup Derita Itu

Penulis : Siti Rosmizah