Reduced price! Cinta Jangan Lari Dariku Expand

Cinta Jangan Lari Dariku

Karya Seni Karya Seni

FP

New

Penulis : Liz Haliza

More details

RM20.90

RM22.00

-5%

Tajuk : Cinta… Jangan Lari Dariku
Penulis : Liz Haliza
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0246-68-0

Sinopsis
CLARISSA IMANI gadis manis yang lepas bebas. Hobinya pada  waktu malam ialah ‘mencucuk bintang’ di langit. Puas dinasihati Ameena, teman serumahnya tetapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Dia masih lagi begitu menjadi penghuni tetap kelab malam di Kuala Lumpur.

Kepulangan EDRIS SHAH ANUGERAH ke bumi Malaysia setelah lima tahun menetap di bumi Australia disambut gembira oleh seluruh ahli keluarganya tetapi Anugerah pulang bukan seorang diri. Dia pulang membawa seseorang puteri comel yang bernama Sutra Ashikin. Mujur seluruh keluarga dapat menerima tanpa menduga ada rahsia besar yang disimpannya.

“Kalau abang minta sesuatu boleh tak Rissa tolong tunaikan?”

“Tak bolehlah terus setuju, kena tahu dululah Abang Anu nak apa.”

“Abang cuma nak minta sangat supaya Rissa jangan panggil abang dengan nama Abang Anu. Tak syok nak dengarlah.”

“Dah nama Anugerah, panjang nak sebut jadi Rissa pendekkan jadi Anu.”

“Panggil abang ajelah kalau panjang sangat nak sebut Anugerah.”

Mereka ditakdirkan hidup berjiran. Pertemuan yang biasa-biasa sahaja akhirnya bertukar menjadi luar biasa. Rindu mula datang. Cinta mula mekar. Kasih mula bersemi. Sayang kini pasti.

“Abang nak kahwin dengan Rissa?”

“Kalau orang di sana sudi, orang di sini apatah lagi.”

Benarlah kata orang, bukan cinta namanya tanpa sebarang dugaan. Melia datang menuntut haknya. Demi haknya yang cuba dinafikan membuatkan Melia berubah dan seterusnya memecahkan rahsia yang disimpan rapi oleh Anugerah.

“Sutra akan lebih bahagia jika kita bersatu. Sutra tidak perlukan ibu tiri. Melia kan ada.”

“Kau gila ke apa? Aku cintakan Rissa. Bukannya kau.”

“Cinta tak semestinya bersatu. Kebahagiaan Sutra lebih penting.”

“Sejak bila kau tahu apa yang terbaik untuk Sutra?”

Siapakah Melia? Bagaimana dia boleh hadir antara mereka? Dan apakah kesudahan cinta Anugerah dan Clarissa?

Dia dugaanku... dia juga anugerah buat diriku...

Write a review

Aku Suka Kau Benci

Penulis : Tinta Biru